Wednesday, August 24, 2016

Pindah ke rumah Citrahill2 tepi exit Pajam highway LEKAS

Kalau korang pernah lalu LEKAS highway dari Balakong ke Seremban, mesti korang lalu exit Pajam, kan? Haa, dekat situ la kami duduk sekarang nama taman dia Citrahill2. Kalau dari Balakong, taman tu belah kanan. Betul-betul tepi highway tu ada rumah tepi bukit, haaa yang tu la.

Rumah Bayu Parkville tu kami sewakan. Partially furnished lagi sebab nak tarik minat penyewa.

Kami dah nak dekat dua bulan duduk sini. 
Aku ulang-alik keje ke Cyberjaya, Win ulang alik keje ke KL naik motor. Jauh baq hang tapi alah bisa tegal biasa.
Aimi pulak sekolah kat area Pajam je.

Duduk sini memang tenang. Sejuk je pagi-pagi. Kawasan kampung sini masih banyak pokok jadi boleh kata udara segar juga kat sini.

Masih ramai belum pindah ke taman ni. Internet infra (unifi) pun belum ada. Harapkan dataplan handpon je untuk kerja dari rumah. Kene le sabor sampai TM setuju nk pasang unifi.

Gambar semua dalam phone, nak transfer.. malas. 
So first entry takde gambar, introduction je ok? Huhuhu

Monday, February 14, 2011

kenapalah suke benor drill lubang after 9 malam?

eeeee...!!!!

Serabutlah otak aku nak rehat malam-malam bila jiran mana punya contractor entah buat renovation BERMULA 9 MALAM. ape ke hei??

Fikirlah sikit kan, kat blok A & B ni dah ramai orang pindah masok so tak patutlah soh kontraktor tu buat keje dari siang sampai ke malam. gelutlah. buat siang saja cukuplah, malam orang yang keje penat-penat siang tu nak rehatkan otak, rilex tengok tv bukan nak dengar prengg prengg prengg org bertukang lagi.

Ohh, ada jugak orang kat sini komplen kata tak suka kontraktor buat renovation pagi-pagi sebab nak tidur lama katanya hujung minggu TAPI masa rumah ko renovation dulu, boleh pulak kontraktor ko buat keje preeng preeng pagi buta. time org lain renovation, ko komplen pulak. haihh.

tulah kisah jiran saya kali ini.

Sunday, January 23, 2011

Akhirnya~ rak buku berjaya dikemas

Cuti Thaipusam itu ari kami berdua gotong-royong kemaskan rak buku & stor. Bila dah siap phewwww~ banyak gile sampah yang kami bawa dari rumah sewa lama rupa-rupanya!

Win bukak fail lama dia yang simpan lukisan & surat berkenalan zaman sekolah menengah. Lawak betul bila aku baca, sebab aku rasa aku pun pernah buat benda yang sama - bagi surat berkenalan kat budak laki yang aku suka :P



So sekarang rumah tu macam dah ok sikit, cuma tu dia laaaa rak merah IKEA aku yang nak lekat kat dinding konon nak letak sabun basuh atas mesin basuh tak pasang-pasang lagi. Win malas kot nak tebuk dinding keras konkrit tu hahaha.

Hujung minggu ni nak balik 2-2 kampung tak dapat le nak ngemas rumah lagi. Well, side Win tak la kampung - bandar.

Thursday, January 13, 2011

Aktiviti rahsia

Tiap pagi lepas Win gi keje, aku buat aktiviti rahsia. Tapi kalo aku cakap kat sini dah tak rahsia la kan? Tapi macam mana nak sambung cerita ni kalo aku tak bagitau rahsia ni?

Ok aku cakap jugaklah rahsia ni walopon sebenarnya rahsia besar sebab kalo Win tau mesti dia buat muka rolling eyes. Tapi rahsia tau, jangan bagitau orang.

Tiap pagi lepas Win gi keje............. aku tidor balik hahahaha!!

Tidor balik time pagi ni selalu mimpi yang aneh-aneh la macam aritu mimpi Win masok pertandingan memasak pastu aku dapat tandatangan makcik Hanieliza sebab dia pengadil kat situ.

Tapi pagi tadi mimpi yang paling best!

Mimpi ada lori Eric Leong datang rumah dan buat home-deco FREE wehh~~ gila aku hepi sangat masa dorang datang serbu tu. Aku tunjukla, sofa aku dah koyak bole tak ganti baru tak? Pastu soh deco dinding skali.

TupTup!!

Buka mata tengok rumah aku macam sama jek. Sofa koyak. Dinding kosong.







Sedih aku. (T_T)

Wednesday, January 12, 2011

Rak buku tak siap kemas lagi wehhh

Errr, ekceli rumah aku skrg mcm tongkang pecah. Semua ni pasal aku kuarkan semua kotak dalam stor sebab nak cari buku nak susun kat rak buku baru tu.

TAPI AKU TAK SIAP MENGEMAS LAGI.

Kotak tu semua dok ternganga, bersepah sana-sini. Nasib baik Win bukan jenis membebel, dia biar je sepah tunggu aku siapkan haha. Pastu dalam bilik no.2 penuh dengan kotak packaging rak yang beli kat IKEA tu lagi haha tahla bila aku nak pack & letak kat tong sampah luar rumah - haihhh~

Malam lepas balik keje aku rase nk rehat je, maleh beno nak ngadap kotak yang menganga tu. Nasiblah dorang. Hujung minggu ni nanti aku setelkan.

Tuesday, January 11, 2011

Hiasan dinding


Sekarang dinding kosong lagi, cuma ada jam dinding je Win beli kat OU itu ari. Punyalah gigih nak jugak pegi OU sebab jam yang ikut tema cuma ada kat situ je. So belilah satu jam kaler itam merah. Eh, gambar jam, mane? Tak amik plak.

Pastu masa blog hopping kat livelifethefullest,die tunjuk yang dia beli kufi ni untuk hiasan dinding. Menarik gak sebab ni ayat Kursi & 4-Qul design moden dan mengikut kaler tema!

Ayat Kursi - kufi

4-Qul - kufi

Dah SMS tanya kat penjual kufi ni tanya harga, GULPPP.. boleh tahan jugak eh harganye. Kene tunggu gaji bulan ni nampak gayanye kalo betul2 nak beli.

Kalau tak jadi beli ni, mebi nak beli cermin square yang aku jumpe kat IKEA itu ari. RM99 seketul, kalo nak letak kat wall yang betul-betul ngadap pintu tu, rasenye muat kalo letak 3 kot.

Hmmm.. tengokla nanti camana.




Bonus dapat ke tak ek tahun ni? Huhuhu~
Bonus tahun lepas dapat jugak aku beli periuk nasi microcomputer! Puas ati.

Tuesday, January 4, 2011

Rumah kotak ke rumah kaca

Dah lama kami tinggal dalam rumah kotak. Dahlah gelap, berhimpit-himpit pulak tu. Sardin dalam tin pun tak berhimpit lama macam kami.

Tapi apakan nasib, kami tak ada suara – tak boleh menjerit.

proses perpindahan dari rumah kotak ke rumah kaca

Penderitaan kami berakhir malam tadi bila tuan kami sediakan rumah baru - rumah kaca. Cantik.
Siap ada lampu lagi.

kami dah ada rumah baru. terima kasih power root!

siapa kami? kamilah Gundam di tingkat 4 rumah kaca!

 Nak tengok lebih banyak gambar ahli keluarga kami di tingkat 1,2 & 3, tekan sini.