Showing posts with label ikea. Show all posts
Showing posts with label ikea. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Yeay yeayy~~

Asalnya Gundam ni tak berumah, diorang tinggal dalam kotak. Dah penat-penat pasang lawa tapi dok dalam kotak, iskiskisk kesian.
Win ada banyak benda alah ni, dia kolek sejak dari Uni lagi. So yang banyak-banyak tu dok lah dalam kotak tak berani nak kuarkan sebab kalo display kat tempat yang terbuka, nanti berhabuk.
So, belilah rak display ni kat IKEA!

Tadi petang lori IKEA hantar semua ni, kereta kancil tak muatlah nak bawak haha.


Baru je susun tingkat yang atas sekali, yang lain belum susun. Dorang dok tunggu dalam kotak. Bila tah tuan dia nak display kat sini tatau~




Oh, tak lupa juga beli rak buku Lack ni. Cadang nak letak kat ruang antara ruang tamu dengan dining area tapi macam sempit pulak jadinya tempat tu. So sekarang letak dulu kat bawah tangga, cadang nak jadikan tempat bawah tangga tu mini library. Err, tapi tak letak buku lagi, buku semua dalam stor hahaha.


New addition to the kitchen is... jeng jeng jeng~~ a white kitchen counter bought from IKEA! Which one? Ala, yang papan berkaki satu tu, tu la dia kitchen counter kami hahaha. Kalo buat custom dari KC provider tu, dia kata beratus-ratus jugak.
Tapi kat IKEA ni, ade jual DIY punya, beli ajelah. Counter tu RM79 & kaki dia tu RM70. Total RM149. Berbaloi-baloi AmySearch kate!!



Sekarang, dapur & dining area nampak macam ni.
OK lah kan? At least counter tu bole buat tempat letak rak cawan. Dan OH~~ semestinya kene beli bar stool untuk counter tu, bulan depan lah pulak. Beli 2, satu untuk Edot, satu untuk Win. Bar stool kat IKEA yang simple dan berkaki 4 dalam RM55/each. Tapi ada yang selalu kami tengok kat kedai perabot tu, RM99 kaler merah, berkaki satu. Comel betul!


Saturday, November 13, 2010

Barang beli kat IKEA pun nak tunjuk-tunjuk ek eleh

 Ramai kan ada lampu ni kat rumah? Aku pun nak jugak seketul letak kat ruang tamu, romantik sket tengok tv, lampu dim gituuu. Last month dorang jual lampu ni kat IKEA cuma dengan RM29.90 woh sampai stok untuk harga tu habis!! Semalam aku pi terpakse beli dengan harge lebih tinggi (T_T)

Tempat letak sudu ni standard ah, ramai gile beli sebab RM1.90/each. Tapi selama ni aku tak beli sebab tak ada KC. Sekarang baru ada KC, baru lah ada sebab nak beli (^_^) Tengok kiri kanan tray tu ada macam plaster itam kan? Win modified bende ni sket sebab nak buatkan benda alah ni boleh hanging kat laci tu, so bawah dia bole letak benda lain.

 Cermin ni kami beli sebab nak lekat kat bilik ayor. Ala, beli jenis yang petak RM19.90/ 4 pieces tu je haha. So satu bilik ayor dapat le 2 cermin lekat kat atas sink :P

 Placemat merah! Oh sebelum ni kami ada beli placemat plastic kaler itam ijo (huh tak ikut tema langsung) tp tak tahan panas bila letak mangkuk panas kan, placemat plastik tu jadi meleding, kesian. Rosak terus. Yang ni bole tahan panas sikitlah, xkan meleding. Dan yang sangat mengujakan, placemat ini berwarna MERAH sangat comel bila letak atas meja makan itam. Ahaks! Pinggan pulak puteh aaa~ barulah kena dengan tema!

 Rak kasut idaman Win - the blackest black. Huhu, tiap kali g Ikea mesti Win cakap nak beli tapi tak beli-beli pun sebab belum pindah. So semalam, akhirnya dia dapat jugak beli rak kasut idaman, letak belakang pintu masok living room. Aku nak rak kaler merah tapi Win kate, terang sangat kaler, lagipun kasut kotor, lg senang menten kalo beli rak kaler itam.

Ohh dahlama aku teringin nak beli walopon dalam rumah tak ada kanak-kanak. Ala, orang dewasa pun boleh guna apa? Setakat makan eskem je kan? Anak sedara datang umah ni nanti adalah jugak menda yang boleh buat depa seronok nak makan.

Last but not least, doormat. Kaler yang ada merah & kelabu gelap ah bolehlah sebab langsir kelabu, karpet merah ok ape doormat kaler ni. Nak cari itam merah tak ada haihh~ bawah RM10 lagipun. Huhu~ sekarang dah ada tempat kesat kaki aaa~ kontraktor jangan gatal masok umah aku kaki berhabuk. Kesat kaki tu dulu, wokey!

Ada satu lagi bathroom mat aku beli kat cosway Ikano tapi.. aih, tertinggal pulak bende alah tu kat tempat kami makan sebab aku letak kat belakang kerusi (T_T) Terbanglah RM14.90 kerana penyakit pelupa aku ni. Sah ada orang amik buat lap kaki kat bilik air dorang. Aih, aku redha jela, salah aku sendiri. Kenapa aku beli kat cosway? Sebab ada kaler merah dan microfiber yang sangat lembut pada tapak kaki pabila mengesat kaki keluar dari bilik air.. hukhukhuk.

Itu je cerita kali ini. Terima kasih kepada penaja, Win. Hehe.


I lebiu, Win~~ (^_^)