Showing posts with label kitchen. Show all posts
Showing posts with label kitchen. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Black Galaxy

Baru siap pasang solid surface Black Galaxy tadi petang masa hujan lebat baju basah pun masih ada di ampaian entahlah bila nak angkat ah biarlah esok dorang kering sendiri.


Kecik je kan KC ni setakat muat letak single bowl sink, hob & periuk nasi. Jadilah.. kalau nak banding dengan keadaan dapur yang dulu yang lagilah dhaif berterabur gantung sana sini periuk kuali. Laaa ni ada KC bolehlah sorok semua benda kat dalam almari :P




Fuiyo, meghelit hob ni habaq hang Win dah lap dengan tekun. 


Oh, KC ni belum lagi siap sebab plumbing belum buat lagi. Sink tak boleh guna. Aih, malam esok baru depa nak mai buat plumbing, so semua preparation nak buat mee kari raya haji cuma boleh dibuat selepas depa siap buat sink (=.=)

Kontraktor yang nak buat plumbing nak balik raya pulak, so tadi minta tolong jugak2 so dat dorang leh buat plumbing je dulu, nanti lain kali la setelkan backsplash glass & mengecat dinding KC. Huhu, sebbaik dorang kate bole tolong sebelum dorang gerak balik kampung masing-masing.

Haih~ lambatnya nak siap sebijik KC kecik camnii~~~

Saturday, November 13, 2010

KC baru siap pasang pintu daaa

 Hari Jumaat lepas orang KC datang lagi pasang 3G doors kat kitchen cabinet. Huhu.. sebbaik boss bagi aku work from home sebab nk monitor kontraktor pasang pintu ni. 

Amacam, ok tak pasang 3G kitchen cabinet?

Aku pilih putih bukan sebab aku ni rajin mengelap menggosok dan mem-polish benda putih hingga bersinar, tapi sebab kaler putih efek dia menampakkan ruang lebih luas. 
Dari ruang tamu, tak perasan sangat ada kabinet ni sebab kaler die sama dengan kaler dinding, tak jadi tumpuan. Hajat di hati memanglah aku nak 3G Kitchen Cabinet kaler flaming red, tapi nanti.. errrr. tak dapatlah efek ruang lebih luas.
Oh, inilah dia dishrack yang aku soh dorang install atas tempat sink. Tak la besar mane tapi ok kot setakat nk jadikan tempat tos air pinggan yang baru dibasuh.
Tapikan, nanti lepas basuh pinggan pastu angkat pinggan semua nak letak kat situ, air pada tangan melurut masok sampai ke ketiak lah! hahaha~

Tall unit tu aku nak ada space untuk built in oven dan microwave. Cewah, cita-cita nak bakar pizza harus ada lalu membeli oven dalam pakej Tuscani set Hood, Hob & Oven tu :P

Ini KC hor, belom siap punya. Itu solid surface aa, still belum siap (T_T). Kami pilih solid surface kaler Black Galaxy, basically kaler itam dengan ade sprinkle kaler silver.. nmpk macam langit di waktu malam haha.

Dan juga red backsplash yang belom dipasang kat dinding belakang hob. Barulah jadi konsep putih, itam merah!

Eh, bila dorang nk siapkan KC aku ni? Dah nak raya ni wehh, aku nak masak laksa untuk raya lah




(T^T)

Saturday, November 6, 2010

Frame KC yang baru siap hari ni

 Hohoho~
Hari ni dari pagi sampai ke petang tak ke mana-mana pun sebab dok rumah tunggu kontraktor pasang kitchen cabinet. Tere gile orang tu datang pasang sorang-sorang. Sebab tu lambat siap.
Walopon sorang, OK jugak hasil kerja dia.

Harini cuma pasang frame cabinet je dulu, pintu 3G baruuuu nak buat. Solid surface plak baruuuu nak ukur esok petang. Selagi solid surface tak setel, maknanye sink dapur pun tak setel lah. Selagi sink dapur tak setel, susahlah aku nak memasak. Hahaha, makan luar lagi seminggu la kite. Dah nak muntah makan luar semedang aihhhh~

Tall unit dan fridge unit depa pasang tinggi sangat sampai siling. Peh, kene beli tangge le kome nak panjat kabinet amik/letak barang. Tapi bagus jugak sebab rumah kecik macam ni memang kene ade storage place.


Tadi orang tu install skali hood & ducting. Kuat jugak bunyi bende alah ni. Ah, nak beli yang senyap mahal la pulak, belasah jela yang ini. Tadi orang tu kata dia kene order satu lagi board untuk cover ducting yang menuju ke dinding luar tu. (lihat kiri atas kat wall)

Yaaa, kalau nak KC yang kemas, memang stended kompeni ni buat cover untuk ducting tu. Smart habaq hang. Oh, wall kiri skali tu lopong sebab nanti depa pasang dishrack. Konon-konon lepas basuh pinggan kat sinki, terus letak pada dishracklah.

Cuma ada satu masalah. Ada satu soket plug yang ter-letak kat bawah hud yang bakal menyebabkan masalah kalo nak install backsplash glass - untuk letak antara hood & hob so that kalo ade minyak percik masa memasak, tak kena wall (kami remove tiles default tu dulu). So kami MMS gambar soket yang tersalah letak tu kat Andy tanye bole tak tolong relocate sebab kang susah nak pasang backsplash glass.
Andy kata ok nanti dia uruskan. Phewwww~

Sekarang tak bole nak komen apa lagi sebab blom complete.

Wednesday, October 27, 2010

Kita kasi pecahhhhhh!!

Sekarang orang CS tengah buat wet works kat rumah aku untuk install kitchen cabinet idaman.
Dorang kasi pecah tiles sedia ada & relocate socket & tambah socket baru untuk oven yang kena gune 15A point.
Alamak gambar dapur kena pecah tak boleh nak transfer dari henpon ke PC daaaa..
Okeh, balik nanti aku upload.
Pastukan, lepas dapur pecah ni, kami nak pindah masok umah sabtu.
Baru perasan yang nanti kami dok rumah tak ada sinki.
HOHOHO.
Makan luar la kite Hubby, sampai orang siap buat KC :P