Sunday, January 2, 2011

Harini tugas saya menyusun buku kat rak buku baruuuuu

Baru nak start susun buku yang dapat dicari dalam kotak kat stor. Baru isi 2 tingkat je haha, taklah banyak mane bukunye kan?


Tingkat atas ada buku fiksyen & tak fiksyen bahasa Inggeris. Haha, malu je tak banyak membaca! Eh tak boleh jugak tuduh diri sendiri tak banyak membaca, baca blog orang pon kira membaca jugak kan?


Haha, buku cerita kepunyaan Win sikit je, adalah 4 ketul. Yang lain tu Edot yang punya (tapi Win yang belikan) dan buku putih tu Makcik Win pinjamkan. Tapi yang Jeffry Archer tu belum abis bace lagi, asek sibuk pasal benda lain. ceh, alasan.


Tapi tengoklah!!! Komik Win masa die sekolah dulu banyak gile wokey?? Eh, mama dia tak marah ke beli komik masa sekolah? Iskiskisk.


Memang peminat setia Dragon Ball. Bukan setakat komik je tau, kad-kad Dragon Ball pun dia ada kumpul banyak gile~~


Yeay yeayy~~

Asalnya Gundam ni tak berumah, diorang tinggal dalam kotak. Dah penat-penat pasang lawa tapi dok dalam kotak, iskiskisk kesian.
Win ada banyak benda alah ni, dia kolek sejak dari Uni lagi. So yang banyak-banyak tu dok lah dalam kotak tak berani nak kuarkan sebab kalo display kat tempat yang terbuka, nanti berhabuk.
So, belilah rak display ni kat IKEA!

Tadi petang lori IKEA hantar semua ni, kereta kancil tak muatlah nak bawak haha.


Baru je susun tingkat yang atas sekali, yang lain belum susun. Dorang dok tunggu dalam kotak. Bila tah tuan dia nak display kat sini tatau~




Oh, tak lupa juga beli rak buku Lack ni. Cadang nak letak kat ruang antara ruang tamu dengan dining area tapi macam sempit pulak jadinya tempat tu. So sekarang letak dulu kat bawah tangga, cadang nak jadikan tempat bawah tangga tu mini library. Err, tapi tak letak buku lagi, buku semua dalam stor hahaha.


New addition to the kitchen is... jeng jeng jeng~~ a white kitchen counter bought from IKEA! Which one? Ala, yang papan berkaki satu tu, tu la dia kitchen counter kami hahaha. Kalo buat custom dari KC provider tu, dia kata beratus-ratus jugak.
Tapi kat IKEA ni, ade jual DIY punya, beli ajelah. Counter tu RM79 & kaki dia tu RM70. Total RM149. Berbaloi-baloi AmySearch kate!!



Sekarang, dapur & dining area nampak macam ni.
OK lah kan? At least counter tu bole buat tempat letak rak cawan. Dan OH~~ semestinya kene beli bar stool untuk counter tu, bulan depan lah pulak. Beli 2, satu untuk Edot, satu untuk Win. Bar stool kat IKEA yang simple dan berkaki 4 dalam RM55/each. Tapi ada yang selalu kami tengok kat kedai perabot tu, RM99 kaler merah, berkaki satu. Comel betul!


Thursday, December 23, 2010

Neighbourhood yang kaya tak kisah kereta calar @ dicuri

Kat taman perumahan ni, parking setiap rumah memang ngam-ngam sebijik kereta. Kalau kereta besar, rase memang sempit lah jugak parking tu. Aku park kereta kancil, tak terasa sempit sangat. Kecik.

Jadi kat blok aku dok ni, ramai gile orang parking kat luar gate rumah masing-masing makanya jalan depan rumah yang sempit! Kalau sabtu lagilah dengan lori pindah rumah, van kontraktor, kereta owner yang melawat rumah sedang di-renovate & kereta tenant yang memang dah pindah masok.


SESAK GLE, wokey?

Dorang ni kaya betul la, beli kereta mahal park luar rumah. Kalau calar @ kene curi pun tak apa kot?

Hati busuk, tong sampah pun busuk

Hahaha harini hari kamis, hari orang mengutip sampah.

Tapi disebabkan aku tak mahu orang yang selalu buang sampah dalam tong sampah aku boh sampah yang tak berbungkus, aku bawa masok tong sampah ke dalam gate. Tapi harini lupa nak bawa keluar.

Maka, sampah aku harini tak dipungut dan berbau busuk. Sebusuk hati tuan rumah.

Kahkahkah.

Thursday, December 16, 2010

Panjat kabinet kene ada tangga lipat


Kitchen cabinet tu tinggi la jugak part compartment atas skali tu, tak sampai kalo panjat guna kerusi makan maka kami kenelah membeli tangga lipat.

Tangga ni kami beli kat Living Depot B.B. Bangi dengan harga RM138. Paling murah kat kedai tu kot. Hajat di hati mestilah nak membeli tangga yang boleh lipat 4 tu tapi mahal la pulak sampai 400-500!!

Alah, tangga ni pun ok jugak apa~ ada 6 step, bila dah bukak tinggi dia dalam 5kaki, kaler pun striking oren itam tapi kalo kaler merah itam laaaaagi best. Tapikan, tangga ni sekarang dok berdiri kat depan stor bawah tangga, bilalah dia muat nak masok kat dalam, ek Hubby?

Wednesday, December 15, 2010

Siapalah suka buang sampah dalam tong sampah aku

Sapa yang selalu buang sampah dalam tong sampah rumah orang lain angkat tangan??

Kenapa buang pampers budak dalam tong sampah aku? Tong sampah rumah korang letak kat mana dan kenapa.. kenapa tong sampah rumah aku juga korang suka?

Ok, no big deal la kan nak buang sampah dalam tong sampah rumah aku asalkan tak buang dalam gate rumah aku kan tapi yang herannya kenapa buang tak bungkus elok-elok? Korang tau tak kalo tak bungkus elok-elok nanti orang yang angkut sampah tu tanak angkut? Dorang tak angkat sampah yang tak dibungkus dalam plastik, paham dak?

Eeee.. heran lah. Tong sampah rumah korang mana? Simpan buat simpan beras?

Tuesday, December 7, 2010

Rasmikan oven baru dengan memasak pizza

Manual oven hilang la pulak camane aku nak masak pizza ni?? Belasahhh.
Fermenting doh dengan cepat guna periuk nasi kesayangan.
Masak sos pizza sementara fermenting doh.
Penyekkan doh buat base pizza.
Tabur toppings & cheddar cheese
Bakar gune oven yang kehilangan manual.
Kuarkan jap tabur mozza cheese pulak.
Pizza redi dimakan. HOHOHO~
Walopon manual hilang, berjaya jugak memasak pizza dengan jayanya. Tapikan, bila tengok gambar alamak, sepah gile KC haku (T_T)