Showing posts with label lampu. Show all posts
Showing posts with label lampu. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Cerita kedai lampu

Team En. Foo memasang lampu cekap betul!

Baiklah, mari memperkenalkan Team En Foo yang telah berjaya memasang semua lampu kat rumah ni. No kontek En. Foo kedai lampu ni yang bagi. Oh, terlupa juga sebenarnya harus memperkenalkan kedai lampu juga, Next's Creative @ Jalan Reko, Kajang. Harga sangat berpatutan dan pekerja sangat helpful terutama sekali yang nama Deelan.

Lampu untuk bilik
Lampu untuk bilik tidur kami beli yang harga RM30 setiap satu, tapi tanpa bulb. Demi menyelamatkan bumi, kami membeli bulb jimat tenaga RM10 satu jenama Aletko, 13W. Terang weh, rasanya macam tak payah beli lampu 3 bulb kot =.=

Lampu ruang tamu
Aku paling suka lampu downlight yang dipasang kat ruang tamu ni. Kena dengan tema rumah kami iaitu minimalis moden ala-kedekot dan sangat berbaloi-baloi dengan harga RM30 satu set termasuk dengan bulb jimat tenaga jenama Aletko, 13W.

Lampu untuk ruang tamu bila dipasang
Jumlah cahaya boleh dikatakan cukup untuk menerangi ruang tamu. Kalau tak cukup jugak, belilah lampu berdiri yang suluh dinding tu, yang IKEA jual murah tuuu.

Lampu kat dining area & dry kitchen
Lampu comel ini tempatnya di dining area. Yang merah ni akan diletakkan betul-betul atas meja makan. Taklah cantik sangat lampu ni tapi cute ^_^ dan murah iaitu RM88.
Satu je kami risau, lampu ni ringan ya amat! Kang kalo kipas dah install, aku memang sure la lampu ni akan berayun KAHKAHKAH.
Win kate letak pemberat supaya lampu ni tak berayun. Letak anak lesung batu, boleh?

Rumah dah pasang lampu yeay!!

Hohoho, baru siap pasang lampu petang tadi.
Wireman yang kononnya nak datang pukul 10 pagi tadi langsung tak nampak batang hidong buleh pulak buat tak tahu bila aku call & SMS.
Geramlah!!
Pergi ke kedai lampu untuk tukar lampu downlight silinder tu dan minta skali nombor kontek wireman yang boleh pasang lampu.
Org kedai tu soh call En Foo.
Peh, team En. Foo memang best habaq hang. Dorang memang sempoi dan cekap membuat kerja.
Yang aku pakai kat kepala tu patutnya pasang kat lampu (macam yang gantung kat atas kepala aku tu) tapi bila sarungkan PVC merah ni kat lampu, tak cerah sangat tuk lampu area sink. So bukak je biar transparent.
Baiklah sekarang tengah berpeluh ketiak mengemop lantai.
Chow chin cauuuu~

Wednesday, October 20, 2010

Baru booking wireman pasang lampu

Kan dah cerita betapa susahnya nak cari wireman yang memasang lampu kan~ so harini nekadlah cari je kat internet pastu call tanye berapa quotation untuk install satu point lampu.

Saje je Google "pasang lampu seri kembangan" pastu TAADAAAA~ berlambak results keluar hah kau call je mane rase nak.

Sekali call En. Hariz yang letak harga memasang lampu RM5/satu point.

"Helo En. Hariz, saya nak tanya kalau pasang lampu biasa berapa harga encik amik?"

"Oh, saya amik RM8 satu lampu biasa. Kalau chandelier tu saya pasang body dia je, yang juntai-juntai tu kene pasang sendirilah sebab saya malas. Lambat nak pasang manik-manik tu satu-satu hahaha."

"EH? Tapi kat Internet tu tulis RM5 satu lampu~ kenapa sekarang dah tukar?"

"Itu harga zaman bila tuuuu... 2007."

"Owhh~ oklah kalau macam tu. Pasang lampu 13 point kat rumah saya sabtu ni boleh?"

"Sabtu ni? Boleh. Tapi pagi tau, pukul 10."

"Ok pukul 10pg. Kalau awal saya tak bangun lagi HAHAHAHA."

"HAHAHA. Okeh. Nanti SMS alamat ya?"

"Ok. Eh, kalau relocate Astro En. Hariz amik berapa?"

"Oh relocate jauh tak? Kalau dekat saya amik RM100 - cabut pasang astro kat rumah baru."

"Okeh, cantekkk.. Nanti bila saya dah siap pindah barang, saya call En Hariz lagi tolong relocate Astro pulak ye."

Maka, setel lah sudah hal mencari orang pasang lampu. Siappppp keluar duit je.

Tuesday, October 19, 2010

Punyalah payah cari quotation pasang lampu

Lampu dah laaaaama dah beli tapi tinggal je kat kedai sebab tade tempat nak letak kat rumah baru, takut orang yang datang wat renovation nanti curik haha. Sebab pernah dengan kontraktor kitchen cabinet mana tah pesan, kalo ade org wat renovation rumah, jangan harus tinggal barang tak de orang tengok-tengokkan.

OK, asalnya nak cerita kisah lampu ni. Untuk rekod, kami kene pasang 13 point lampu.

Kami tanya quotation harga memasang lampu siling dari kontraktor KC - pehh mahal gile satu point lampu diorang amik RM25 tak kira apa jenis lampu sekalipun. Cuba darab 13 point tengok?

Kontraktor pasang grill pula kate kawan die boleh pasang satu point lampu biasa (lampu tak komplikated) tuk RM7 @ RM8. Lampu yang komplikated dalam RM18 kot satu point. Kami ada 3 kot lampu komplikated - alah~ pendant lamp tuk kitchen & dining table je pun bukannye komplikated sangat.

Tanya kat wireman yang pernah datang umah kami betulkan main switch, dia caj RM10 tuk satu point lampu biasa. Yang lampu komplikated dia nak caj RM18/each kot.

TAPI Win nak cari Indon yang boleh pasang semua lampu kat rumah tu dengan harga RM100 kihkihkih. Sapa ada kontek org pasang lampu RM100 bole tak bagi? Tinggal komen kat sini ya? Mekasihhh~

Haihhhh~ kalo susah susah sangat kite amik kontek wireman dari kedai lampu yang kite beli lampu tu je lahhh~

Monday, October 11, 2010

Lampu downlight yang memenuhi citarasa dan bajet

Lampu yang ada 3 mentol kecik (tapi ade kaver bentuk gelas petak) kami beli untuk 3 bilik tidur. Kenapa beli yang jenis macam ni?
  • sebab 3 gelas yang pegang mentol tu boleh ditujukan ke arah yang kita nak. macam nak satu suluh kiri bilik, satu suluh tengah bilik & satu suluh kanan bilik. ok la buat sementara ni.
  • sebab kedai tu jual satu set ni RM33 (tak termasuk mentol). Kami beli mentol jimat tenaga jenama Aletko 3 biji untuk setiap satu set, RM10/each.
  • sebab kami dah malas nak pikir jenis lampu apa nk letak dalam bilik tidur, so setel down dgn yang ni je.
Kami beli lampu downlight yang dalam silinder untuk lampu ruang tamu & dapur sebab kami dah kira bajet, tak cukup untuk buat Plaster Ceiling (PC). Buat permulaan ok la kot guna lampu jenis ni. Yang ini pun beli mentol yang jimat tenaga. Nak jugak lampu downlight kan, tapi tade modal nak buat PC kenalah beli lampu jenis ni huhuhu.

Saturday, October 9, 2010

Dah beli lampu hohoho

Kami jumpe satu kedai lampu kat Jln Reko, Kajang tadi jual lampu yang jual murah. Harga dia reasonable lagipun jauh lebih rendah dari kedai-kedai yang kami dah tengok kat tempat lain.


Kami jumpe lampu design yg sama macam aku cerita itu ari tapi ini besar lagi sket DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH daripada kedai lampu kat Balakong tau? Kat kedai Balakong tu jual RM128/each tapi tadi kami dapat beli lampu ni besar siket hanya dengan RM88/each!!




Dahlah kat kedai tu ada lampu yang kaler merah wah terus eksaited nak beli. Bukan lampu ni je sale, design lampu yang kat kedai lain jual RM68/each tapi kat kedai ni jual RM33 je, wokey?

Tadi kami sangat puas hati dengan harga yang ditawarkan, maka terus membeli semua lampu yang diperlukan untuk rumah baru. Bawah bajet yang dianggarkan - yeah!

Eh, bila dah balik baru perasan yang kami tak beli lampu untuk porch luar rumah =.=!



Sunday, October 3, 2010

Lampu meja makan yang sangat comel


Semalam on the way balik dari membeli barang dapur, kami singgah kat Plaza Perabot Balakong tengok-tengok kedai perabot & lampu.

Ada satu kedai kat hujung skali, jual lampu ni! Comel sangat. Aku rasa kiut sangat kalo meja makan aku diterangi cahaya kekiutan lampu ni. Ada 3 kaler, putih, biru & kunen. Kalo ade merah agaknye kat situ jugak aku beli :P

Ya, kami sekarang tengah pikir nak pasang lampu jenis apa kat rumah tu.

Kami prefer downlight, tapi masalahnya CUKUP KE DUIT NAK PASANG PLASTER CEILING kalo nak pasang lampu downlight?

Win sebey lampu siling yang agak jimat tenaga jenama Panasonic. Mahal.

Aku rasa, kalo tak cukup sangat-sangat dah duit, lampu kalimantang dulu pun tak apalah. T_T