Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Rumah dah pasang lampu yeay!!

Hohoho, baru siap pasang lampu petang tadi.
Wireman yang kononnya nak datang pukul 10 pagi tadi langsung tak nampak batang hidong buleh pulak buat tak tahu bila aku call & SMS.
Geramlah!!
Pergi ke kedai lampu untuk tukar lampu downlight silinder tu dan minta skali nombor kontek wireman yang boleh pasang lampu.
Org kedai tu soh call En Foo.
Peh, team En. Foo memang best habaq hang. Dorang memang sempoi dan cekap membuat kerja.
Yang aku pakai kat kepala tu patutnya pasang kat lampu (macam yang gantung kat atas kepala aku tu) tapi bila sarungkan PVC merah ni kat lampu, tak cerah sangat tuk lampu area sink. So bukak je biar transparent.
Baiklah sekarang tengah berpeluh ketiak mengemop lantai.
Chow chin cauuuu~

Thursday, October 21, 2010

Hoit! lampu kat kedai jangan lupa amik

Hohoho, esok dah nak pasang lampu siling tapi lampunya semua kat kedai lagi~
Malam ni baru nak gi amik.
Nasib baik kedai tu tutup pukul 9.30mlm, sempatlah aku pulang kerja pukul 7.
Sebenarnya tak ada mood nak kerja harini, sebab eksaited pasal nak tengok rumah esok.
Mebi, nak cuci lantai bilik kecik tu sikit sebab nak mula pindah kotak barang yang kami dah pack.

ohoiiii~

Wednesday, October 20, 2010

Jadual waktu kontraktor membuat kerja

Sabtu, 23/10:
  • En. Hariz nak mai install lampu pukul 10pg. Siap duit tuk bayar upah dia. So kena amik lampu kat kedai lampu Jumaat malam Sabtu tu.
  • Andy nak mai buat final measurement KC & bawa sample 3G doors. Oh nak pilih kaler tuk solid surface skali. Tak lupa juga 30% down payment kene bayar. Tak sure lagi bila depa buleh start buat KC tapi katanya next week -lah.
  • Pergi kedai langsir sebab kena pilih kain lain untuk curtain bedroom. Hmmph, kalo susah-susah sgt.. cancel je langsir tuk bedroom pehtu amik tuk living room + dapur + master bedroom je la. HAHAHA blk takde org tak payah langsir la hooorrr~
Isnin, 25/10:
  • Teong mai install grill & awning dapor. Siap duit belen hutang nak bagi kat dia.
Selasa, 26/10:
  • Kedai kipas Alpha mai install kipas 3 ketul. Kena minta kat teamlead kata nak kena keja from home sekejap sementara depa install kipas tu.
Rabu, 27/10:
  • Call lori tuk konfemkan tarikh nak pindah barang. Rasanya nak call yang offer RM300 untuk lori 3 tan + 5 org tolong angkat barang. OK la tu kan?
Jumaat, 29/10:
  • Nak cari kontraktor yang boleh cuci rumah dengan pencuci hebat seperti asid untuk melicinkan lantai. Sagat semua door knobs pun kena juga sebab knobs semuanya berketul2 plaster melekat.
Sabtu @ Ahad, 30/10:
  • Pindah rumah jommm kalau semuanya setel ikut perancangan. \ (^_^) /

    Tuesday, October 19, 2010

    Nak pindah rumah baru punya pasal

    .... keluarkan semua duit simpanan untuk preparation nak masok rumah baru. Sekarang dalam ASB tinggal 83 hengget kahkahkah

    Sunday, October 17, 2010

    Wardrobe dah siap wohoo~

    Masa mula-mula nak pasang

    Dah nak siap pasang!
    Semalam kami tunggu delivery wardrobe yang akhirnya sampai jugak. Janji kata kol 2, tapi last-last dorang kata kol 4 ptg baru boleh sampai. Mula-mula aku marah jugak, tapi tak leh nak kate ape dah YE KAN JELAH.

    Pakcik yang pasang almari ni cekap jugak la orangnye sebab rumah kami tu tak install main switch lagi jadi kene pikir sendiri macam mana nak dapatkan karen nak on electric drill dia tu. Tak la perfect sangat keja pemasangan almari ni tapi oklah kan daripada pasang almari senget menget kahkahkah.

    Disebabkan tade karen, jadi pagi-pagi tadi aku dah pegi opis developer minta dorang install-kan main switch tu & bukak kunci air. Nampak gaya orang yang amik details umah aku tu macam nak setelkan semua tu arini, tapi tengoklah petang nanti macam mana, kot-kot gaya je lebih tapi tak take action kehkehkeh.

    Petang nanti Win balik keje dia akan cek pakcik tu dah intall main switch ke belom.

    Haih dorang ni macam pahat tau, nak kene ketuk dengan tukul baru nak bergerak :P

    Friday, October 15, 2010

    Pening kepala sebab bajet lariiiii~~ (T_T)

    kuikuikui

    Hari ni dapat kunci rumah hohoho

    Helo~~~ sedang beronline menge-test broadband kat rumah baru ni. Nampak cam ok, laju je surfing.

    Tadi proses amik kunci rileks je. Betul, memang kene bayar pak gad sebulan RM60. WAJIB. Dah bayar mahal-mahal haruslah menjaga kawasan perumahan ni elok-elok ye tak?


    Masuk je rumah tadi, Teong dah sebok-sebok datang ukur grill, sementara tu meracun aku soh beli awning. Tapi aku tak cukup bajet, aku beli jugak awning tuk dapur. Tambah lagi duit. Pastu Teong kate, nanti dia pasang grill 25hb ni. Cehhh, kalut-kalut soh beli awning la beli itu la ini lah, tapi last-last pasang lambat lagi haha.

    Tadi kami dapat checklist untuk cek defect. MEMANG BANYAK GILE CRACK.

    Kat dinding dari dining area ke dapur tu berombak-ombak, bila komplen dia kata semua rumah macam tu. Ciss.
    Siling kat dining area tu crack dari lampu ke kipas ke lampu. Yang itu bole komplen.
    Dinding kat ruang tamu tuuu dia crack macam jalan semut, separuh ruang tamu tu ha crack! Kahkahkah.

    Yang lain ok le aku tengok. Dulu rase cam kecik je rumah ni, tapi sekarang telah menerima kenyataan bahawa memang cuma mampu miliki rumah kecik (=.=)

    Thursday, October 14, 2010

    Hari ni dapat kunci rumah YEAYYYY

    Oh oh oh sungguh eksaited hari ni sebab nak dapat kunci rumah after almost 3years tunggu (since Jan 2008).

    Tapi eksaited tu kurang sket sebab harini kami keje halfday. Petang nanti balik baru amik kunci kol 3pm.

    Lepas amik kunci nanti, kami akan call Teong untuk ukur pintu & tingkap nak pasang grill. CS yang nak pasang kitchen cabinet pun mebi datang petang ni dengan orang ukur tingkap & sliding door nak pasang langsir.

    Hrmm, harini nak kene buat keputusan sama ada nak buat awning rumah ke tak. Kalo buat pun, mebi akan amik yang murah je kot.

    Tuesday, September 28, 2010

    To-do-list #7 - Sliding door curtains

    via Curtains&Curtains
    Hohoho, untuk sliding door haruslah menggunakan curtains baru yang bermata (eyelet).

    Design minimalist macam gambar atas tu ok jugak, cuma nak tema kaler itam putih dan harus kurang corak bunga-bunga. Serabutlah banyak corak.

    Tapi nak jalan-jalan cari kedai curtains yang ada corak moden ni yang maleh bebeno. Haihhh~

    To-do-list #6 - Blinds

    Blinds nampak smart lah berbanding langsir biasa. Kan?
    Cadangnya nak pakai blinds untuk tingkap, takmo pakai langsir. Tak kisahlah ada printed ke tak blinds tu, tapi nampak lebih smart and modern untuk jenis tingkap kat rumah tu.

    Lagipun, blinds lagi senang dicuci kot?

    Jom sebey blinds & curtains kat HomeDec hujung minggu ni!!!

    Hello world~~

    Hai.

    Kami dah ter-beli salah satu unit rumah townhouse Bayu Parkville @ Taman Balakong Jaya. Rumah tu dari luar nampak macam dua tingkat tapi sebenarnya unit tingkat atas dengan tingkat bawah lain-lain. Kami punya yang tingkat bawah, kecik je 20' x 70' termasuk parking haha.

    Takpelah mula dengan rumah kecik dulu asalkan mampu bayar. Nanti dah gaji banyak bole beli rumah besar kan kan kan? Angan-angan haruslah ada, lagipun angan-angan FREE.

    Baru-baru ni dapat surat kata dah boleh amik kunci hohoho. Tapi tak bole amik lagi sebab bank kami belum abih bayar kat pemaju. Mebi kena tunggu lagi 2 minggu.

    Wee hoooo~