Showing posts with label todo. Show all posts
Showing posts with label todo. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

To-do-list nak pindah rumah

Dah siapkan semua to-do-list waaaaahhhhhh!!!
  • kontraktor grill & awning dapur
  • kontraktor pasang kitchen cabinet
  • hood, hob & oven
  • pasang wardrobe
  • kipas siling 
  • lampu siling (kecuali lampu yard belakang belum lagi)
  • wireman kipas (free installation by Alpha)
  • sink & tap tuk kitchen cabinet
  • langsir& blinds
  • ampaian DIY
  • book wireman pasang lampu
  • book astro guy nak pindah astro dish
  • book lori nak pindah (sabtu 30/10)

Saturday, October 16, 2010

Hari sabtu ini sangat produktif.

Hari ni pagi-pagi lepas sarapan cucur jagung-ala-Edot, kami pergi ke rumah baru untuk mengukur tingkap dan sliding door demi misi mencari quotation langsir kat kedai. Misi mengukur dan mendapatkan quotation sangat berjaya hari ini dengan mendapat 3 quotation harga dari kedai langsir.Alah, buat muka tembok je masok kedai langsir tu cakap, boleh tak bagi saya quotation untuk langsir ni, itu dan itu dengan ukuran ini (tunjuk buku yang ada ukuran tingkap).. senang je kann~

Kami patut menerima dua delivery hari ni, satu hood, hob & oven dari HTrends dan satu lagi wardrobe dari SK Furniture. TAPI CUMA DELIVERY HTRENDS SAJA YANG KAMI TERIMA.

SK Furniture mula-mula cakap aku punye turn dapat wardrobe adalah pukul 8 malam.

Aku cakap, kalo nak datang malam kene bergelap la sebab rumah ni baru dapat kunci karen lampu semua takdak lagi. Lepas tu dia kata, OK nanti pukul 2pm delivery aku sampai. Aku pun setia menunggu berpanas berpeluh ketiak dalam rumah tak ada kipas tu tapi lori tak kunjung tiba. Aku call pukul 2pm, dia kata lori dah on the way. Aku call lagi pukul 3pm, dia kata bole tak tunggu lagi sejam. Aku call lagi pukul 4.30, dia kata nanti dia tanya lori dan call aku balik.

"Miss ah, lori itu rosak di Puchong. Dia kata kalau siap cepat, cepat lah dia sampai. kalau lambat, ermm.. malam ini pukul 8 malam boleh sampai rumah you."

"Aik? Bole percaya ka lori rosak? You tipu saya kan?? Sebab tadi pagi you cakap saya punya delivery pukul 8 malam then saya kata rumah saya tak ada lampu you kata nanti you hantar 2pm pula. Sekarang you cakap lori rosak, barang boleh sampai pukul 8 malam lagi. You tipu kan?"

"Errmm, tak tau lah~~"

"Helo Miss, saya tak marah kalau you cakap tak dapat datang ini petang, tapi jangan buat saya tunggu. Rumah ni tak ada kipas tau, saya panas tunggu sini. Kalau tak datang, cakap la tak datang ini hari, boleh saya pergi tempat lain buat kerja saya."

"Sori ya miss, esok I akan bagi you punya delivery first delivery punya. Before 2pm. Nanti you tunggu I call dulu."

"Ok, esok pukul 2 ha, saya tunggu."

Ceh nak tipu pon agak2 la amoi~ lori rosak apa punya turrrr alasan lapok kau bagi. Lain kali bagi alasan bagus sikit, tak adalah aku terasa macam kena tipu. Cis.

Petang tu kami pun gerak ke Living Depot, B. B. Bangi sebab hari ni & esok ada sale sempena pembukaan kedai tu. Peh, memang berbaloi pi sana walopon tak dapat nak tengok Eric Leong live bagi tips pasal pemilihan kaler cat rumah, tapi kami rasa berbaloi-baloilah sebab jumpa sink & tap yang kami rasa ok dari segi kegunaan dan harga. Maka telah membeli undermount sink & tap dengan harga RM384 (T_T) Sink & tap simple pun mahal wohh~

Bukan itu sahaja, kami juga telah membeli rod aluminium zig-zag untuk dijadikan ampaian baju sebab kami rasa dengan 6' panjang + harga RM109 adalah sangat berpatutan.

Kami selesai membeli, hari pun gelap. "Alamak macam mana nak simpan barang ni dalam stor rumah baru? Gelap tuuu.." Tapi takkanlah kami nak angkut semua bende alah ni naik tingkat 4 apartment kami kot?

Dengan berbekalkan lampu kereta dan torchlite, kami masok ke rumah baru untuk menyimpan semua barang yang baru dibeli tu. Seram gak. Hihihihiiiiiiiiiiiiii~

Nak tengok? OK esok aku haplod gambo semua benda yang aku dah dapat. Eh, tapi semua aku dah stuffed dalam stor bawah tangga tu. Malas la aku nak punggah balik. hahaha

Friday, October 15, 2010

To-do-list hari ini

Baiklah, semangat rumah baru hari ini! Perkara yang perlu dilakukan pada hari ini adalah:
  • Pagi-pagi pergi ukur tingkap dan sliding door - pergi ke kedai langsir dan minta quotation harga. (walaupun kebarangkalian pindah masok ke rumah tanpa langsir adalah sangat besar T_T )
  • Bawa kerusi dan meja kecil ke rumah baru sebab nanti senang nak gune laptop dan melukis pelan.
  • Tunggu delivery hood, hob dan oven dari HTrends
  • Tunggu delivery wardrobe dari SK Furniture.
  • Bawa air minuman sebab duduk di dalam rumah yang tiada kipas / ekon adalah sangat panassss.
  • Sementara menunggu delivery, akan meluangkan masa dengan mengukur rumah dan melukis layout. Nanti senang nak tanda point lampu.
Baiklah, mari sama-sama nantikan apa akan terjadi at the end of the day :)

Sunday, October 10, 2010

To-do-list #9 - Bank Draft

DONE!

Kat Techno Park Malaysia ni ada Maybank, so aku buat bank draft kat situ je sblm masok keje kol 11pg tadi. Bagaimana memohon bank draft? Baiklah, disebabkan baik hati harini maka aku kongsi - cehhh macamlah orang lain tak reti buat bank draft kan?

Langkah-langkah membuat bank draft adalah:

  1. Isi borang kaler kuning bertulis, Application forRemittance (Permohonan Kiriman Wang)
  2. Isi butir peribadi pemohon dan penerima (nama developer je pun cukup)
  3. Walopon dalam borang tu kata boleh debit dari akaun untuk membuat bank draft, tetapi agaknya tadi nilai RM250 tu terlalu sedikit, maka dia suruh aku bagi duit tunai.
  4. Pastu, siapkanlah duit caj komisen RM5! Ciss..
  5. Tunggu sebentar
  6. Bank draft siap bila nama anda dipanggil semula di kaunter bank.
  7. Simpanlah bank draft tu elok-elok, wokeyy?
Sekian, terima kasih.

Friday, October 8, 2010

Next step lepas dapat tarikh amik kunci

  • Call Uncle T untuk grill measurement
  • Call SK-F untuk arrange wardrobe delivery sabtu/ahad (15hb @ 16hb)
  • Call HT untuk arrange hood, hob & oven delivery sabtu/ahad (15hb @ 16hb) - esok
  • Call CS untuk arrange KC measurement. Measure tuk langsir skali mebi?? - email je
  • Tanye wireman uncle Mie bole x datang rumah ukur buat plaster siling & wiring & lighting.
  • Apply half day leave untuk collect kunci.- isnin depan

Saturday, October 2, 2010

Misi mencari kipas!!

Kami pi jalan-jalan HomeDec @KLCC seharian semalam nak survey kedai jual kipas & lampu untuk rumah. Adalah beberapa pilihan untuk kipas semalam, Panasonic, Mistral, Elmark, Rubine & Alpha.

Lepas jalan punya jalan, tanya punya tanya pasal semua kipas tu sampai dah tak larat nak dongak siling tengok design kipas, kami pun settle down dengan kipas Alpha 828/5B dan 828/3B.

3 blade / 56" untuk master bedroom

5 blades / 56" untuk ruang tamu & ruang makan

Dapat hadiah percuma bagi setiap satu kipas
Kami beli 3 ketul kipas maka dapat memilih 3 hadiah percuma dari Alpha. Kami pilih, Payung, Multipurpose kotak (macam kotak CD) dan bekas makanan tupperware.

Semua ni akan dihantar ke rumah pada 29 Oktober nanti dengan harapan by November kami dah boleh pindah masok rumah tu.

Tuesday, September 28, 2010

To-do-list #7 - Sliding door curtains

via Curtains&Curtains
Hohoho, untuk sliding door haruslah menggunakan curtains baru yang bermata (eyelet).

Design minimalist macam gambar atas tu ok jugak, cuma nak tema kaler itam putih dan harus kurang corak bunga-bunga. Serabutlah banyak corak.

Tapi nak jalan-jalan cari kedai curtains yang ada corak moden ni yang maleh bebeno. Haihhh~

To-do-list #6 - Blinds

Blinds nampak smart lah berbanding langsir biasa. Kan?
Cadangnya nak pakai blinds untuk tingkap, takmo pakai langsir. Tak kisahlah ada printed ke tak blinds tu, tapi nampak lebih smart and modern untuk jenis tingkap kat rumah tu.

Lagipun, blinds lagi senang dicuci kot?

Jom sebey blinds & curtains kat HomeDec hujung minggu ni!!!

To-do-list #5 - Wardrobe

Mix and Match design lemari mana yang nak

Contoh lemari kat MFFF @ KLCC

Oh, kami juga ada membooking lemari (wardrobe) masa pi MFFF @ KLCC itu ari. Tambah hutang lepas booking hood, hob & oven.

Tertarik dengan konsep mix-and-match, kami pilih lemari design C dan E yang setiap satu lebar lemari adalah 30 inci, harga 790 setiap satu.

So total lebar gerobok tu nanti 60 inci lebar x 23 inci dalam x 95 inci tinggi. Jadilah, sebab master bedroom sangat kecik (T_T).

Dah bayar booking RM500, so belen nanti bayar bile rumah dah dapat kunci dan redi nak delivery.

Baiklah! Harus gigih bekerja untuk bayar hutang.

To-do-list #4 - Hood, Hob & Oven

2 burner hob

8 functions oven nak masak Pizza & ayam golek,

1250 suction power hood kuat menyedut asap ketika menumis bawang


Hohoho..

Kami dah booking hood, hob & oven ni masa pergi ke MFFF @ KLCC bulan 7 yang lepas. Semua ni dalam pakej ZEN, cap Tuscani je. Tak mampulah nak beli yang branded =.=!

1250 suction power Hood + 2 burner hob + 8 functions oven. Boleh tahanlah untuk masakan Melayu.

Masa kami booking pakej ni masa MFFF, harga dia RM2888. Baru-baru ni kat HomeDec harga hood & hob saja RM2188! Bila tanya salesman tu brapa harga termasok oven (sama macam pakej ZEN) dia kata RM3k++ sebab oven saja RM1588. Harga naik ok? Nasib baik dah book satu pakej masa MFFF itu ari.

Hujung minggu ini kami plan nak pergi ke kedai dapur ni, HTrends Jalan Ipoh nak bayar hutang. Pastu nak set tarikh tuk delivery, of koz le lepas dapat kunci rumah.

Cumanya tak tau berapa haribulan. Haih~~

To-do-list #3 - Kitchen Cabinet


KC ni dah laaaaaama cari kontraktor. Tiap kali ada kedai KC mesti masok kedai dan tanya quotation harga untuk 10kaki KC.

Cuma satu provider KC yang bagi quotation yang reasonable. CS. Kami cuma tengok portfolio hasil kerja CS ni kat Facebook, macam ok.

Kami nak buat 3G doors KC dengan solid surface. Nak jugak dapor cantik sebab barulah naik semangat nak masak sedap-sedap! Hahahah.

Aku dah  kontek dorang ni melalui email kata nak dapat kunci so nanti bole buat appointment untuk measurement dapur nak pasang KC.

To-do-list #2 - Wiring

Setel bab grill, kami sekarang tengah cari wireman untuk pasang lampu, kipas & aircond.

Tak risau sangat pasal ni sebab kalau tak dapat cari wireman, Uncle Teong pasang grill tu pun ada sediakan wiring service ni.

Cumanya, kami plan nak guna downlight. Lampu jenis ni kena pasang plaster siling! Oiyoyohh~

Tengoklah nanti macam mana. Nak jumpa dulu wireman sebab nak tau bape banyak lampu & kipas perlu dibeli. Hurm, kena gi sebey kedai jual lampu & kipas pulak. Penat.

Takpe, kite tengok apa ada kat HomeDec hujung minggu ni. ^__^

To-do-list #1 - Grill

Dah booking kontraktor.

Haritu kami on the way nak pergi HomeDec kat KLCC jadi singgah sekejap kat Bayu Parkville tengok rumah kami yang dah dikatakan dah siap tu. Kat gate tu ada pakcik naik kete kancil dok tunggu, dia tanya kami pembeli rumah kat sini kah? Dia sediakan kontraktor buat grill.

Kebetulan, memang kami tengah cari orang pasang grill pun! Nama orang tu Uncle Teong.

Uncle Teong tunjuk katalog design grill yang dia ada. TOING! Mata kami tertumpu kat salah satu design grill. Dia ada design grill yang kami nak haha cantekk ah. Uncle tu macam agak-agak je bape kos semua, quotation dia bawah bajet kami pula maka kami pun setuju booking dengan dia. Bayar 500. Gila kan? Kalo dia tipu, habislah.

Tapi tah, macam boleh percaya je so kami pun OK je dah malas nak pergi sebey kedai grill. Masa tu dah try test call no henpon dia depan mata. Tengok resit orang yang dah beli dengan dia. Macam ok. Ah, lantaklah. Janji setel satu hal.