Thursday, September 30, 2010

Malas dah aku nak tanya

Malas. Malas. Malas dah nak call *depa ni sebab dah nampak macam nak main tai-chi pulak.
Tau tak tai-chi tu macam mana? Main tolak tepis lah.

"Oh, bukan salah kami. SYABAS yang tak pasang meter air lagi."
"Oh, bukan salah kami. Bank yang tak release payment lagi."

Bila call *depa, *depa kata bila bank habis bayar baru *depa nak bagi kami kunci. Paling terkini, *depa kata 12hb bole dapat kunci.

Bila call bank, bank kata final reimbursement tu lagi 18 bulan baru bole release. Lagipun sebenarnya kami dah boleh dapat kunci tu walaupun bank tak release final reimbursement tu pun. Bank kata try call lawyer.

Bila ada member call lawyer, lawyer kata tu urusan antara *depa dengan bank.

Hah, ni lah orang kata main tai-chi. Tolak sana. Tolak sini.

Senang cerita kan, tunggu jelah.

"Orang yang paling terseksa semasa menunggu adalah orang yang tengok jam."

Wednesday, September 29, 2010

Design KC macam nilah kami nak!

Simple macam ni tak payah lah mahal2 kan
Yup, just what we want for our KC.

Satu wall unit atas fridge, satu tall unit untuk built in oven & microwave. White 3G base cabinet with soft-close drawers & bottles-pull-out topped with a black solid surface and wall cabinet with dish rack above the sink and of course, hood over the hob.

Simple. Kan?

Tuesday, September 28, 2010

To-do-list #7 - Sliding door curtains

via Curtains&Curtains
Hohoho, untuk sliding door haruslah menggunakan curtains baru yang bermata (eyelet).

Design minimalist macam gambar atas tu ok jugak, cuma nak tema kaler itam putih dan harus kurang corak bunga-bunga. Serabutlah banyak corak.

Tapi nak jalan-jalan cari kedai curtains yang ada corak moden ni yang maleh bebeno. Haihhh~

To-do-list #6 - Blinds

Blinds nampak smart lah berbanding langsir biasa. Kan?
Cadangnya nak pakai blinds untuk tingkap, takmo pakai langsir. Tak kisahlah ada printed ke tak blinds tu, tapi nampak lebih smart and modern untuk jenis tingkap kat rumah tu.

Lagipun, blinds lagi senang dicuci kot?

Jom sebey blinds & curtains kat HomeDec hujung minggu ni!!!

To-do-list #5 - Wardrobe

Mix and Match design lemari mana yang nak

Contoh lemari kat MFFF @ KLCC

Oh, kami juga ada membooking lemari (wardrobe) masa pi MFFF @ KLCC itu ari. Tambah hutang lepas booking hood, hob & oven.

Tertarik dengan konsep mix-and-match, kami pilih lemari design C dan E yang setiap satu lebar lemari adalah 30 inci, harga 790 setiap satu.

So total lebar gerobok tu nanti 60 inci lebar x 23 inci dalam x 95 inci tinggi. Jadilah, sebab master bedroom sangat kecik (T_T).

Dah bayar booking RM500, so belen nanti bayar bile rumah dah dapat kunci dan redi nak delivery.

Baiklah! Harus gigih bekerja untuk bayar hutang.

To-do-list #4 - Hood, Hob & Oven

2 burner hob

8 functions oven nak masak Pizza & ayam golek,

1250 suction power hood kuat menyedut asap ketika menumis bawang


Hohoho..

Kami dah booking hood, hob & oven ni masa pergi ke MFFF @ KLCC bulan 7 yang lepas. Semua ni dalam pakej ZEN, cap Tuscani je. Tak mampulah nak beli yang branded =.=!

1250 suction power Hood + 2 burner hob + 8 functions oven. Boleh tahanlah untuk masakan Melayu.

Masa kami booking pakej ni masa MFFF, harga dia RM2888. Baru-baru ni kat HomeDec harga hood & hob saja RM2188! Bila tanya salesman tu brapa harga termasok oven (sama macam pakej ZEN) dia kata RM3k++ sebab oven saja RM1588. Harga naik ok? Nasib baik dah book satu pakej masa MFFF itu ari.

Hujung minggu ini kami plan nak pergi ke kedai dapur ni, HTrends Jalan Ipoh nak bayar hutang. Pastu nak set tarikh tuk delivery, of koz le lepas dapat kunci rumah.

Cumanya tak tau berapa haribulan. Haih~~

To-do-list #3 - Kitchen Cabinet


KC ni dah laaaaaama cari kontraktor. Tiap kali ada kedai KC mesti masok kedai dan tanya quotation harga untuk 10kaki KC.

Cuma satu provider KC yang bagi quotation yang reasonable. CS. Kami cuma tengok portfolio hasil kerja CS ni kat Facebook, macam ok.

Kami nak buat 3G doors KC dengan solid surface. Nak jugak dapor cantik sebab barulah naik semangat nak masak sedap-sedap! Hahahah.

Aku dah  kontek dorang ni melalui email kata nak dapat kunci so nanti bole buat appointment untuk measurement dapur nak pasang KC.

To-do-list #2 - Wiring

Setel bab grill, kami sekarang tengah cari wireman untuk pasang lampu, kipas & aircond.

Tak risau sangat pasal ni sebab kalau tak dapat cari wireman, Uncle Teong pasang grill tu pun ada sediakan wiring service ni.

Cumanya, kami plan nak guna downlight. Lampu jenis ni kena pasang plaster siling! Oiyoyohh~

Tengoklah nanti macam mana. Nak jumpa dulu wireman sebab nak tau bape banyak lampu & kipas perlu dibeli. Hurm, kena gi sebey kedai jual lampu & kipas pulak. Penat.

Takpe, kite tengok apa ada kat HomeDec hujung minggu ni. ^__^

To-do-list #1 - Grill

Dah booking kontraktor.

Haritu kami on the way nak pergi HomeDec kat KLCC jadi singgah sekejap kat Bayu Parkville tengok rumah kami yang dah dikatakan dah siap tu. Kat gate tu ada pakcik naik kete kancil dok tunggu, dia tanya kami pembeli rumah kat sini kah? Dia sediakan kontraktor buat grill.

Kebetulan, memang kami tengah cari orang pasang grill pun! Nama orang tu Uncle Teong.

Uncle Teong tunjuk katalog design grill yang dia ada. TOING! Mata kami tertumpu kat salah satu design grill. Dia ada design grill yang kami nak haha cantekk ah. Uncle tu macam agak-agak je bape kos semua, quotation dia bawah bajet kami pula maka kami pun setuju booking dengan dia. Bayar 500. Gila kan? Kalo dia tipu, habislah.

Tapi tah, macam boleh percaya je so kami pun OK je dah malas nak pergi sebey kedai grill. Masa tu dah try test call no henpon dia depan mata. Tengok resit orang yang dah beli dengan dia. Macam ok. Ah, lantaklah. Janji setel satu hal.

Hello world~~

Hai.

Kami dah ter-beli salah satu unit rumah townhouse Bayu Parkville @ Taman Balakong Jaya. Rumah tu dari luar nampak macam dua tingkat tapi sebenarnya unit tingkat atas dengan tingkat bawah lain-lain. Kami punya yang tingkat bawah, kecik je 20' x 70' termasuk parking haha.

Takpelah mula dengan rumah kecik dulu asalkan mampu bayar. Nanti dah gaji banyak bole beli rumah besar kan kan kan? Angan-angan haruslah ada, lagipun angan-angan FREE.

Baru-baru ni dapat surat kata dah boleh amik kunci hohoho. Tapi tak bole amik lagi sebab bank kami belum abih bayar kat pemaju. Mebi kena tunggu lagi 2 minggu.

Wee hoooo~