Thursday, December 23, 2010

Neighbourhood yang kaya tak kisah kereta calar @ dicuri

Kat taman perumahan ni, parking setiap rumah memang ngam-ngam sebijik kereta. Kalau kereta besar, rase memang sempit lah jugak parking tu. Aku park kereta kancil, tak terasa sempit sangat. Kecik.

Jadi kat blok aku dok ni, ramai gile orang parking kat luar gate rumah masing-masing makanya jalan depan rumah yang sempit! Kalau sabtu lagilah dengan lori pindah rumah, van kontraktor, kereta owner yang melawat rumah sedang di-renovate & kereta tenant yang memang dah pindah masok.


SESAK GLE, wokey?

Dorang ni kaya betul la, beli kereta mahal park luar rumah. Kalau calar @ kene curi pun tak apa kot?

Hati busuk, tong sampah pun busuk

Hahaha harini hari kamis, hari orang mengutip sampah.

Tapi disebabkan aku tak mahu orang yang selalu buang sampah dalam tong sampah aku boh sampah yang tak berbungkus, aku bawa masok tong sampah ke dalam gate. Tapi harini lupa nak bawa keluar.

Maka, sampah aku harini tak dipungut dan berbau busuk. Sebusuk hati tuan rumah.

Kahkahkah.

Thursday, December 16, 2010

Panjat kabinet kene ada tangga lipat


Kitchen cabinet tu tinggi la jugak part compartment atas skali tu, tak sampai kalo panjat guna kerusi makan maka kami kenelah membeli tangga lipat.

Tangga ni kami beli kat Living Depot B.B. Bangi dengan harga RM138. Paling murah kat kedai tu kot. Hajat di hati mestilah nak membeli tangga yang boleh lipat 4 tu tapi mahal la pulak sampai 400-500!!

Alah, tangga ni pun ok jugak apa~ ada 6 step, bila dah bukak tinggi dia dalam 5kaki, kaler pun striking oren itam tapi kalo kaler merah itam laaaaagi best. Tapikan, tangga ni sekarang dok berdiri kat depan stor bawah tangga, bilalah dia muat nak masok kat dalam, ek Hubby?

Wednesday, December 15, 2010

Siapalah suka buang sampah dalam tong sampah aku

Sapa yang selalu buang sampah dalam tong sampah rumah orang lain angkat tangan??

Kenapa buang pampers budak dalam tong sampah aku? Tong sampah rumah korang letak kat mana dan kenapa.. kenapa tong sampah rumah aku juga korang suka?

Ok, no big deal la kan nak buang sampah dalam tong sampah rumah aku asalkan tak buang dalam gate rumah aku kan tapi yang herannya kenapa buang tak bungkus elok-elok? Korang tau tak kalo tak bungkus elok-elok nanti orang yang angkut sampah tu tanak angkut? Dorang tak angkat sampah yang tak dibungkus dalam plastik, paham dak?

Eeee.. heran lah. Tong sampah rumah korang mana? Simpan buat simpan beras?

Tuesday, December 7, 2010

Rasmikan oven baru dengan memasak pizza

Manual oven hilang la pulak camane aku nak masak pizza ni?? Belasahhh.
Fermenting doh dengan cepat guna periuk nasi kesayangan.
Masak sos pizza sementara fermenting doh.
Penyekkan doh buat base pizza.
Tabur toppings & cheddar cheese
Bakar gune oven yang kehilangan manual.
Kuarkan jap tabur mozza cheese pulak.
Pizza redi dimakan. HOHOHO~
Walopon manual hilang, berjaya jugak memasak pizza dengan jayanya. Tapikan, bila tengok gambar alamak, sepah gile KC haku (T_T)

Monday, December 6, 2010

Bangun awal pagi tebuk dinding

Pagi-pagi dengan perut lapar, Win menebuk dinding menggunakan drill yang dipinjam daripada Abah. Dah lama beli cermin tempat letak berus & ubat gigi ni, tapi tak pasang-pasang lagi - sebab mata drill untuk tebuk mozek bilik air tak ada dalam set drill tu, kene beli sendiri. Kami beli mata tuk tebuk drill, RM3. haha.

Harini aku mengemop lantai yang dah 2minggu tak bersapu haha. Rumah kecik ni, soh aku mop 3 round pun aku rela sebab tak banyak pun tempat nak mop. Kehkehkeh

Sunday, December 5, 2010

Dah habis bayar hutang

Hari rabu dah abis bayar hutang kitchen cabinet.
Hari ahad dah abis bayar hutang langsir.


... maka dengan ini kami mengisytiharkan, duit downpayment nak beli kereta baru Inspira pun lesappp. (sebab itulah duitnye pun)
Kenelah kumpul duit lagi untuk beli kereta (T_T)

BERUSAHA!!

Monday, November 22, 2010

Lamanya tak hapdet blog aaaih

Oh, kami beli penapis air sudah~~~ Beli yang mampu milik je walopon sebenonye idaman hati adalah Qoozo Pingu haha.

Kami beli penapis air Hexagon Alkaline & Hidrogen kat Cosway je. Taklah mahal beribu-riban tapi setakat ni ok je. Air laju, rasa air tu pun ada manis-manis sikit. Pastu aku dah test kandungan klorin & alkali dengan test kit yang ada dalam kotak dia, aku tengok cume test klorin je yang berjaya sebab kandungan klorin dalam air tak tapis ada, dalam air dah tapis tu kurang/tak ada langsung. Yang alkali test tu, dua-dua air tapis tak tapis sama jek haha.


Mentenen filter dalam penapis ni kalau setakat 2 orang je minum hari-hari taklah cepat sangat nak kene tukar. 6-8bulan tukar 2filter, dalam RM200 camtu. Pastu dalam setahun tukar lagi 2filter.
Oh ada jugak dia bagi berus gigi gergasi untuk cuci seramik filter dia.

Penapis air dah ada. Lega. Boleh guna air nak masak :)

Monday, November 15, 2010

Black Galaxy

Baru siap pasang solid surface Black Galaxy tadi petang masa hujan lebat baju basah pun masih ada di ampaian entahlah bila nak angkat ah biarlah esok dorang kering sendiri.


Kecik je kan KC ni setakat muat letak single bowl sink, hob & periuk nasi. Jadilah.. kalau nak banding dengan keadaan dapur yang dulu yang lagilah dhaif berterabur gantung sana sini periuk kuali. Laaa ni ada KC bolehlah sorok semua benda kat dalam almari :P




Fuiyo, meghelit hob ni habaq hang Win dah lap dengan tekun. 


Oh, KC ni belum lagi siap sebab plumbing belum buat lagi. Sink tak boleh guna. Aih, malam esok baru depa nak mai buat plumbing, so semua preparation nak buat mee kari raya haji cuma boleh dibuat selepas depa siap buat sink (=.=)

Kontraktor yang nak buat plumbing nak balik raya pulak, so tadi minta tolong jugak2 so dat dorang leh buat plumbing je dulu, nanti lain kali la setelkan backsplash glass & mengecat dinding KC. Huhu, sebbaik dorang kate bole tolong sebelum dorang gerak balik kampung masing-masing.

Haih~ lambatnya nak siap sebijik KC kecik camnii~~~

Saturday, November 13, 2010

Barang beli kat IKEA pun nak tunjuk-tunjuk ek eleh

 Ramai kan ada lampu ni kat rumah? Aku pun nak jugak seketul letak kat ruang tamu, romantik sket tengok tv, lampu dim gituuu. Last month dorang jual lampu ni kat IKEA cuma dengan RM29.90 woh sampai stok untuk harga tu habis!! Semalam aku pi terpakse beli dengan harge lebih tinggi (T_T)

Tempat letak sudu ni standard ah, ramai gile beli sebab RM1.90/each. Tapi selama ni aku tak beli sebab tak ada KC. Sekarang baru ada KC, baru lah ada sebab nak beli (^_^) Tengok kiri kanan tray tu ada macam plaster itam kan? Win modified bende ni sket sebab nak buatkan benda alah ni boleh hanging kat laci tu, so bawah dia bole letak benda lain.

 Cermin ni kami beli sebab nak lekat kat bilik ayor. Ala, beli jenis yang petak RM19.90/ 4 pieces tu je haha. So satu bilik ayor dapat le 2 cermin lekat kat atas sink :P

 Placemat merah! Oh sebelum ni kami ada beli placemat plastic kaler itam ijo (huh tak ikut tema langsung) tp tak tahan panas bila letak mangkuk panas kan, placemat plastik tu jadi meleding, kesian. Rosak terus. Yang ni bole tahan panas sikitlah, xkan meleding. Dan yang sangat mengujakan, placemat ini berwarna MERAH sangat comel bila letak atas meja makan itam. Ahaks! Pinggan pulak puteh aaa~ barulah kena dengan tema!

 Rak kasut idaman Win - the blackest black. Huhu, tiap kali g Ikea mesti Win cakap nak beli tapi tak beli-beli pun sebab belum pindah. So semalam, akhirnya dia dapat jugak beli rak kasut idaman, letak belakang pintu masok living room. Aku nak rak kaler merah tapi Win kate, terang sangat kaler, lagipun kasut kotor, lg senang menten kalo beli rak kaler itam.

Ohh dahlama aku teringin nak beli walopon dalam rumah tak ada kanak-kanak. Ala, orang dewasa pun boleh guna apa? Setakat makan eskem je kan? Anak sedara datang umah ni nanti adalah jugak menda yang boleh buat depa seronok nak makan.

Last but not least, doormat. Kaler yang ada merah & kelabu gelap ah bolehlah sebab langsir kelabu, karpet merah ok ape doormat kaler ni. Nak cari itam merah tak ada haihh~ bawah RM10 lagipun. Huhu~ sekarang dah ada tempat kesat kaki aaa~ kontraktor jangan gatal masok umah aku kaki berhabuk. Kesat kaki tu dulu, wokey!

Ada satu lagi bathroom mat aku beli kat cosway Ikano tapi.. aih, tertinggal pulak bende alah tu kat tempat kami makan sebab aku letak kat belakang kerusi (T_T) Terbanglah RM14.90 kerana penyakit pelupa aku ni. Sah ada orang amik buat lap kaki kat bilik air dorang. Aih, aku redha jela, salah aku sendiri. Kenapa aku beli kat cosway? Sebab ada kaler merah dan microfiber yang sangat lembut pada tapak kaki pabila mengesat kaki keluar dari bilik air.. hukhukhuk.

Itu je cerita kali ini. Terima kasih kepada penaja, Win. Hehe.


I lebiu, Win~~ (^_^)

KC baru siap pasang pintu daaa

 Hari Jumaat lepas orang KC datang lagi pasang 3G doors kat kitchen cabinet. Huhu.. sebbaik boss bagi aku work from home sebab nk monitor kontraktor pasang pintu ni. 

Amacam, ok tak pasang 3G kitchen cabinet?

Aku pilih putih bukan sebab aku ni rajin mengelap menggosok dan mem-polish benda putih hingga bersinar, tapi sebab kaler putih efek dia menampakkan ruang lebih luas. 
Dari ruang tamu, tak perasan sangat ada kabinet ni sebab kaler die sama dengan kaler dinding, tak jadi tumpuan. Hajat di hati memanglah aku nak 3G Kitchen Cabinet kaler flaming red, tapi nanti.. errrr. tak dapatlah efek ruang lebih luas.
Oh, inilah dia dishrack yang aku soh dorang install atas tempat sink. Tak la besar mane tapi ok kot setakat nk jadikan tempat tos air pinggan yang baru dibasuh.
Tapikan, nanti lepas basuh pinggan pastu angkat pinggan semua nak letak kat situ, air pada tangan melurut masok sampai ke ketiak lah! hahaha~

Tall unit tu aku nak ada space untuk built in oven dan microwave. Cewah, cita-cita nak bakar pizza harus ada lalu membeli oven dalam pakej Tuscani set Hood, Hob & Oven tu :P

Ini KC hor, belom siap punya. Itu solid surface aa, still belum siap (T_T). Kami pilih solid surface kaler Black Galaxy, basically kaler itam dengan ade sprinkle kaler silver.. nmpk macam langit di waktu malam haha.

Dan juga red backsplash yang belom dipasang kat dinding belakang hob. Barulah jadi konsep putih, itam merah!

Eh, bila dorang nk siapkan KC aku ni? Dah nak raya ni wehh, aku nak masak laksa untuk raya lah




(T^T)

Thursday, November 11, 2010

Cerita langsir kelabu

Begini ceritanya..

Masa kami g kedai langsir tu, akak yang jaga kedai tu memang seboleh-boleh cadangkan soh amik satu jenis fabrik ni yang diorang dah display sebagai langsir jenis eyelet kat kedai tu. Memang aku tak nafikan, yang kain tu memang cantik wave dia, menurut kata dan tarikan graviti. Tapi malangnya, kain jenis tu tak ada pilihan kaler yang kami suka.. sebab tu kami pilih fabrik lain. Last-last kami setel down dengan fabrik yang kami amik buat langsir ni lah, sebab yang ni memang menepati ciri-ciri yang kami cari iaitu mesti jangan ada bunga. Haha, kami kureng minat dengan bunga :P

Pilih kaler kelabu.

Pasal kaler plak kan, kami nye tema itam putih merah. aku kalo boleh memang nak buat macam satu langsir aku tengok satu rumah ni buat, 1/5 (kepala langsir) tu hitam, sambung dgn satu fabrik putih kat bawah TAPI AKAK TU KATA,

"Nanti anak jiran datang rumah kesat tangan kat langsir, kotor." eeee.. blom jumpa jiran aku dah kata anak dia nak kesat tangan.

"Kaler putih nanti tak naik, sebab same kaler dengan dinding."

"Kaler itam gelap sangat."

"Kaler merah kang sakit mate pulak nengoknye."

"Ambiklah kaler GOLD. Cantik.. ramai customer amik kaler gold."

Semua kaler yang tema aku semua tak ngam kan? Kaler gold takmo. Hah, kami pilih kelabu.

Pastukan, aku cadang nak semua tingkap bilik gune rolller blinds tapi Win kata nanti nak tengok luar susah kene roll langsir sampai paras mata baru dapat tengok luar.  Dahlah semua tingkap bilik sama tinggi dengan paras pintu. Lagipun, roller blinds tuk semua bilik = kos sangat mahal. So, langsir bilik pun kelabu hahaha tapi fabrik lain, lembut sikit.

Dapur je pakai venetian blinds, mix 3 kaler, kelabu, kelabu cair & putih. Eh, semua pun kelabu. minat betul dengan kelabu pehal?

Aaa.. nanti nak kumpul duit nak tukar langsir tahun depan! Kite try kaler lain plak :P

Wednesday, November 10, 2010

Dua kali pandang..

.. tak lah cantik sangat langsir ni tapi Win kate OK je warna dia.

Huhu.. tak apalah.
Dah ada ni pun cukup bersyukur dah weh. Sebelum ni mana ada langsir langsung haha.

Balik ni kene urut sikit kain langsir bagi dia ikut kata aku soh buat wave.
Hepp, jangan keras-keras~ aku gunting nanti.

WE have our curtains at last!!

Woot woot~ the curtains are ready and they will be installed today! Yeah heyy~
I hope those curtains-guy come on time so that they could finish the installation in an hour - I don't want to be late to work.

OK, to  see the difference before and after the curtains being installed, I took some pictures of the 'naked' living room.

Our living room without curtains

Naked sliding doors without any 'clothes' on :P
Jeng Jeng Jeng~~~
After the curtains installation.

Haha. I never imagined the fabric we've chosen will look like this.

Sliding door is not naked anymore

Eyelet. Exactly what we want for the sliding door curtains.



Oh by the way, all the curtains have been installed - even though we have not pay the outstanding balance :P.

Err, we really really really don't have enuff cash to pay the remaining balance lump-sum, so we paid half of it and told the curtain-girl that is ok to install curtains for living room and kitchen ONLY - since those 2 rooms are accessible to the guests (who are coming for this Raya Haji). Hohoho. My parents want to celebrate Raya Haji here.

Curtains - kautim!

Tuesday, November 9, 2010

Jangan perabih duit nak masok rumah nanti dah masok guna duit lagi tau x


Bahahaha~ inilah dia hand held sprayer bidet yang digembar-gemburkan tu. Baru nak tangkap gambar sebab tempat parking sprayer tu baru je berfungsi aka dilekatkan di dinding. Masa mula-mula beli tak letak pun tempat parking sebab tade drill nak tebuk mozek wall kat bilik air. Drill mahal sangat. Last-last kami beli gam gajah je buat lekat tempat parking tu. Janji lekat sudah hahaha. Bidet ni Win nak jugak-jugak jenis yang boleh lock pemicit dia - sebab tu lama gila pergi cari bidet ni nak jugak-jugak cari yang boleh lock pemicit hoh.


Baiklah, alihkan pandangan ke kepala paip pula. Kepala paip tu satu untuk bukak sprayer bidet, satu lagi buat tadah air baldi untuk mengemop. Eh, mula-mula kan aku macam takmo beli kepala paip dua-hala ni sebab satu dia ni mahal, satu lagi macam tak nampak kegunaan dia. Tapi Win nak beli jugak. Bila dah guna baru tau paip dua kepala ni penting sebenarnya! Kalau aku degil takmo beli paip dua kepala, terpaksalah memicit sprayer tu nak penuhkan air dalam baldi nak mengemop iskiskisk.

Tulah nak pesan ni, simpanlah sikit duit nak beli barang lain selepas masuk pindah rumah. Nampak bende kecik macam alaaa bidet basuh punggung je tapi.. bila tak ada bidet ni nak kene gune baldi tadah air nak cebok basuh punggung, baldi pun tak muat nak letak tepi toilet sebab toilet rumah ni kecik gile.


Ni makcik Edot nak pesan lagi, kalau nak masok rumah baru janganlah perabih duit buat semuanya yang orang nampak luaran sebab nanti bila dah duduk baru perasan tak cukup cash nak beli bende yang lebih penting, contohnya kunci mangga.

Kunci mangga macam-macam ada kat kedai, dari RM5 satu ke beratus-ratus heng. Pilih je mane nak.

Kami beli jenis satu set mangga ni cap Yale oh mahalnya (T_T) tapi beli jugaklah sebab set lock ni kami tak payah bawak banyak-banyak anak kunci untuk bukak semua lock dalam rumah, satu je. Hohoho.

"Eh poyolah makcik Edot beli bidet & lock pun nak buat satu entry."
"Eh biar ah! Blog makcik, sukati makciklah nak cerita apa pun. Esok makcik nak cerita pasal flush toilet pulak."

Monday, November 8, 2010

Hoyoyo~ kenapa water filter mahal gile weyy

Tiap kali tengok pingu ni, mesti rasa nak beli.
Comel sangat kan?
Dorang ni water filter jenama Qoozo. Ada 3 buttons kat belakang punggung pingu tu, satu tuk basuh sayur, satu tuk basuh daging dan satu lagi tuk minum. Sebab ada 3 buttons, maknanya ada 3 fungsi yang berbeza la toksah tanya aku, aku pun tak stadi abis lagi benda ni. Lagipun mahal, sebab tu tak beli (lagi).
Bila aku baca forum pasal water filter, macam-macam cerita ada.
Guna RO Water tak baguih la sebab tu air kosong semata-mata.
Guna RX Water la sebab boleh ubati penyakit.
Guna Diamond lah sebab trusted brand.
Guna Hai-O lah sebab dia yang jual.
Guna Hexagone Cosway jelahh kalo dah payah sangat :P

Err, sampai aku pun penin.
Kalau boleh, tak molah beli yang terlalu mahal (T_T)

Mak dah sound, belilah penapis ayor.. haih~ mak aku kat kampung pun gune penapis ayor mahal woh tapi dia bayar bulan-bulan lah. Makayah aku sebelum beli penapis ayor deme tu, beli kat kedai air yang tapis gune penapis Diamond.

Penapis ayor dah kire higher priority dari garment steamer yang aku berangan nak beli tu. So kalo ade bajet, kene beli penapis dulu.

Tapi aaaaaaaaaaaaa PENAPIS AYOR JENIS APE NAK BELI ni??

Sunday, November 7, 2010

Kalo beli hat ni baguih dak

Laa, rupa-rupanya iron yang aku dok pakai kat rumah sewa tu iron turun-temurun sejak kakak aku dok menyewa kat sana lagi, lama gila dah tu. Tak pasan sampailah hari kami pindah rumah aritu, “Eh, nak bawak ke iron ni? Ironbod pun dah nak runtuh ni.”

Last-last cuma bawak iron je, ironbod tinggal dengan harapan nak beli baru la konon.

Tapi bila pikir-pikir balik, aku nak jugak merasa pakai iron baru. Kami kawen dulu takdak sapa bagi hadiah iron haha. Kesian.

Kalo aku beli garment steamer macam gambo di ateh tu, baguih dak? (^_^)

Win kate, “Tak lenguh ke nak kene iron baju yang tergantung?” macam ni..

Err, lenguh kot.. no?

Kalo iron baju tuk seminggu ada 5lai baju – itu hat Win punya saja. Hat aku punya tak wajib iron. Sebbaik tempat gheja aku tak kesah aku pakai apa so aku memang pakai jeans & t-shirt semedang ah. Tapi ada gak kadang-kadang aku rasa nak melawa sikit aku pakai baju kurung gi gheja, tupon orang akan tanya, “You ada majlis nak attend after work ka? Ada dating ka?” Haha, tu dia punyalah jarang pakai baju kurung punya pasai kan.

Bila aku baca forum pasai benda alah ni, ramai yang kata tak sesuai tuk kegunaan rumah, lebih sesuai tuk guna kat butik baju sebab sana banyak baju nak kene iron. Kat rumah sikit je.

Ada yang besa pakai benda alah ni masa gheja kat kedai baju kata, benda ni tak baguih. Hat yang steam tekan atas iron board tu lagi baguih.

Benda ni menarik minat aku sebab jimat ruang, comel, nampak moden dan nak iron langsir pun buleh aih. Tak bermakna aku ni rajin amat tahap nak iron langsir la kan, tapi angan-angan harus ada. Eh, rumah aku mana ada langsir hahaha.

Eh, jadi macam mana eh? Nak beli ke dak? Nak beli ke.. nak beli?
Sapa ada guna steamer ni angkat tangan.

Dah kata rumah aku kecik nak datang tengok jugak ke

Kat opis aku ada sorang minah ni beli rumah 2 tingkat kat Jade Terrace (belakang lagi dari Bayu Parkville). Eh, bukan dia yang beli, boyfriend dia yang beli. Dia cerita, bapak boyfriend dia yang sponsor down payment rumah tu, RM180ribu. So, not really rumah dia-lah, katanya. Sebelum ni, dia ada masok showroon rumah Bayu Parkvile tengok-tengok kot-kot rasa nak beli dan dia rasa sangat kecik rumah sini. Yelah kecik, dah rumah atas rumah bawah lain-lain.

Banyak kali dia mention, rumah sini kecik. Sempit. Tak cukup besar. Sambil buat muka tak suka. Banyak kali, wokey??

Aku yang dah beli rumah so-called kecik ni sangat terasa hati tau. Dah ini je kami mampu. Inipun kami beli tak guna duit orang tua tau dak? Duit sendiri. Not even gune satu sennnn pun duit KWSP kami sebab kami beli umah kosong je.

Pastu kannn, baru-baru ni dia tengok taman Bayu Parkville ni dah ada orang keluar masok, dia tanya aku dah dapat kunci rumah ni kah? Dia soh ajak dia tengok rumah aku bila dah dapat kunci.

Aik, dah kata rumah aku kecik, sempit, tak cukup besar.. buatpa hang nak tengok? Nak tolong bagi sakit hati aku lagi kah? Ala, tak payah mai la. Kalo hang mai pun takdak tempat nak parking satgi hang komplen kata sini bukan setakat rumah je kecik, parking pun kecik. Sabit tu aku takmo ajak hang mai tengok rumah bila aku dah pindah ni.

Ok, tu jek luahan perasaan ini. Bai.

Saturday, November 6, 2010

Belakang rumah pun nak tunjuk ke?

 Eh, lupe plak nak letak gambo awning buat dengan Teong itu ari. Kebetulan org sblah umah aku (Farah) pun awning belakang buat dengan Teong gak, design sama dgn aku so kami pun setojong (setuju + sokong) untuk join awning kami. Awning tu bumbung dia polycarbonate, mahal gak Teong letak harga - dlm RM1400 kot (rumah aku je tau, umah Farah tatau bape dia amik). Tapi kami ni naif masa tu, terima jela (T_T)

Malam tadi hujan lebat, kami terai la tengok awning tu berfungsi ke tak. Tengok macam ok, tade leaking pun sebab Farah kata dari atas dia nampak orang awning ni boh sealant antara bumbung awning dengan dinding rumah.

Masalahnye skarang ni kalo malam aku nak keluar belakang rumah, gelap gile takut ahhh sebab dah cabut lampu belakang. Orang awning kata, lampu belakang yang kami dah siap pasang tu tinggi bebenor, dorang nak pasang awning rendah sket. So kami cabut je dulu lampu tu. Nanti bila-bila kami call le orang yang sanggup pasang lampu belakang tu. Haihhh~

Oh tak lupa juga, ampaian baju yang boleh tahan cool. Paling cool kalo ampaian yang bole turun dari siling gune remote control tu ah tapi mana siling nak gantung kat rumah ni? So lagi praktikal kalo beli yang lekat kat dinding kan?

Ini 6 feet punya palang aluminium rods aah, kami bawa dari kedai Living Depot, B.B. Bangi naik kancil je woh. Haha, kene bawa turun seat depan belah kiri untuk letak rod ni dalam kete.

Kat sini, pagi-pagi cahaya matahari memang tuju belakang rumah dulu so kalo sidai baju pagi kol 10 tu memang sure boleh kering ah sidai kat ampaian belakang ni. Ampaian ni kalo letak kat depan (tempat parking kete tu) kurang smart ah, tapi kalo orang beli rumah atas, mane lagi dorang nak letak kan? Huhuhu.

Ek eleh lupa nak bukak cover hood patutlah huduh je hood aku

Ek elehhh... ade ke patut nak marah kontraktor sebab calarkan cat atas hood tu. Haha rupe-rupenye cat tu bukan permanent, cuma adalah protective layer untuk chimney yang stainless steel tu.
Nasib baik tak marah kontraktor tak pasal-pasal.

Kalo korang prasan lah kan, kat post blog yang sebelum ni, chimney tu kaler biru. Skarang bila dah bukak protective layer tu, baru nampak stainless steel.

Banyak lagi keje nak buat harini wehh.. Win baru belikan mop Scotch Brite yang dah lamaaa aku berkenan tapi tak beli. Pastukan, harini aku nak test Floor Shine yang aku beli kat Cosway. 

Tu haa, dalam stor berkotak-kotak lagi barang belum unpack.

Mari mengemas rumah weyy~ 




Gambatte!!!

Frame KC yang baru siap hari ni

 Hohoho~
Hari ni dari pagi sampai ke petang tak ke mana-mana pun sebab dok rumah tunggu kontraktor pasang kitchen cabinet. Tere gile orang tu datang pasang sorang-sorang. Sebab tu lambat siap.
Walopon sorang, OK jugak hasil kerja dia.

Harini cuma pasang frame cabinet je dulu, pintu 3G baruuuu nak buat. Solid surface plak baruuuu nak ukur esok petang. Selagi solid surface tak setel, maknanye sink dapur pun tak setel lah. Selagi sink dapur tak setel, susahlah aku nak memasak. Hahaha, makan luar lagi seminggu la kite. Dah nak muntah makan luar semedang aihhhh~

Tall unit dan fridge unit depa pasang tinggi sangat sampai siling. Peh, kene beli tangge le kome nak panjat kabinet amik/letak barang. Tapi bagus jugak sebab rumah kecik macam ni memang kene ade storage place.


Tadi orang tu install skali hood & ducting. Kuat jugak bunyi bende alah ni. Ah, nak beli yang senyap mahal la pulak, belasah jela yang ini. Tadi orang tu kata dia kene order satu lagi board untuk cover ducting yang menuju ke dinding luar tu. (lihat kiri atas kat wall)

Yaaa, kalau nak KC yang kemas, memang stended kompeni ni buat cover untuk ducting tu. Smart habaq hang. Oh, wall kiri skali tu lopong sebab nanti depa pasang dishrack. Konon-konon lepas basuh pinggan kat sinki, terus letak pada dishracklah.

Cuma ada satu masalah. Ada satu soket plug yang ter-letak kat bawah hud yang bakal menyebabkan masalah kalo nak install backsplash glass - untuk letak antara hood & hob so that kalo ade minyak percik masa memasak, tak kena wall (kami remove tiles default tu dulu). So kami MMS gambar soket yang tersalah letak tu kat Andy tanye bole tak tolong relocate sebab kang susah nak pasang backsplash glass.
Andy kata ok nanti dia uruskan. Phewwww~

Sekarang tak bole nak komen apa lagi sebab blom complete.

Friday, November 5, 2010

Bil air dah dapat, bil api pulak sampai

Pagi-pagi sabtu pukul 8 dah ada orang TNB datang shoot meter api & keluarkan bil api.
Punyalah gigih depa ni keje kan.
Masa abang tu hulurkan aku bil api tu, aku tanyalah pasal meter api TNB tu yang rendah sangat. Bahaya.

"Kalo kami alihkan meter tu naik atas sikit, TNB saman tak?"
"Taklah nak saman.. tapi kene inform dulu kata nak alihkan sebab level meter tu sekarang ni memang standard TNB."
"Tapi bahaya ni kalo budak-budak datang rumah, meter rendah sangat. At least kalo ade cover, boleh pasang tak?"
"Cover part yang ada fius tu je, sebab fius tu yang bahaya kalo budak-budak main."
"OKlah bang, mekasih ye."
Tapikan, ade jual ke cover mak nenek fius tu?




Pandang bil api.
RM10 je bil api kami dari 15/10 sampai hari ni. Itupun dibayar oleh kerajaan sebab bawah RM20 kan.
Tapi ada tunggakan RM7.10 untuk api yang digunakan sebelum dapat kunci 15 Okt. Haihh (T_T)

Kene bayar tunggakan jugakkkk~

Thursday, November 4, 2010

Bil air pertama dah sampai & eksaited tengok nama sendiri pada bil

... sebab sebelum ni bil api air semua nama tuan rumah sewa. ek eleh poyo itupun nak eksaited ek eleh ek elehhhh. Oh, dulu dok apartment kan, bil air dikeluarkan oleh pengurusan apartment. Sebab tu yang eksaited semacam dapat bil dari Syabas sebab tak pernah tengok haha.

Dulu bil air sampai rumah dua bulan skali dan selalunya bil air kami 2org ni dalam RM18 je untuk dua bulan tu. Walopon kerajaan Selangor akan bayarkan bil air untuk 20 meter padu air yang pertama, tapi kami yang dok apartment tak termasok dalam kumpulan bertuah itu sebab bil kami bukan Syabas yang keluarkan. Paham tak cerita aku ni?

Okeh, disebabkan sekarang dok rumah bukan apartment & bil air sekarang Syabas yang keluarkan, memang dah tertulis kat bil air tu yang KERAJAAN SELANGOR MEMBAYAR UNTUK 20 meterpadu yang pertama - yahoo.





Bil air pertama tak payah bayarlah sebab kurang dari 20 meter padu. PERCUMA.
Sukaaa sukaaa sukaaaanyaaaa~~~
Suka baca statement terakhir tu: Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar: RM0.00

Wednesday, November 3, 2010

Rumah tak berhabok dan Teong tak dapat mintak tambah duit

Pagi tadi sebelum gi keje Teong datang nak mintak baki hutang.
Aku dah siap-siap redi duit dia dalam sampul raya.
Macam aku jangka, dia datang mengadu kata rugi sebab tukarkan pintu aku tu sebab kunci lama nak kena potonglah tapi tak cantiklah so dia order baru lah.
Then aku katalah, "Eh, tapi you yang janji mau bagi kunci baik punya. Inilah kunci baik punya. You kira quotation pun sekali dengan kunci ini yang you kata kunci baik mahal sikit."
Dia kata, dia quote grill aku murah.
Aku katalah, aku bukan amik grill saja.. tu awning pun aku beli dari dia jugak - dia caj mahal-mahal tu takkan la tak untung langsung kat rumah aku, kan?
Last-last aku hulur je baki hutang tu, dia kira pastu dia kata OKlah.

Haa.. nak try korek duit dari aku la tu. Kalo aku berduit memang aku tak berkira. Tapi laa ni banyak menda nak buat nak guna duit lagi mau duit dari aku eeeee memanglah aku berkira. Dahlah aku tak cukup cash nak amik langsir. EEEEEE.

Cerita rumah tak berhabuk pulak.
Sejak tinggal Bayu Parkville ni, barang perabot kami tak diselaputi habok macam dok rumah sewa yang mengadap kilang papan kat apartment sana.
Lega.
Kipas rumah sewa tu dulu berhabok sampai kipas tu tak larat nak pusing slow je angin. Berhabok sebab kilang tu lah. Isk. Sapa rumah dok depan jalanraya & kilang mungkin paham masalah habok ni.







Entah-entah paru-paru aku & Win dah penuh habok kilang papan tu jugak kot.

Awning dah siap dipasang & grill dah diganti

Petang tadi Teong call bagitau dah pasang awning & ganti grill pintu depan yang dia salah pasang tu, sebab dia pasang yg tade handle tapi aku nak ada handle.
Tapi dia soh tambah lagi RM150!
Haishhh, mula dah buat taik.
Apesal plak aku nak kene tambah kalo yang salah tu dia?
Tu pon aku tunggu lama baru setel semua.

Kerja Teong ni ok gak tapi tula, suka sangat soh tambah $ sana sini.

Esok kena firm siket, jangan lembut2.
Habiskan bayar pastu blah.

Monday, November 1, 2010

Pak gad me-round

Kami dah mula tinggal kat Bayu Parkville sejak 30/10, sebab nak pindah keluar dari rumah sewa November.
Malam-malam kami dok situ, pak gad ada round kat depan & belakang rumah.
Kami tengok ada beberapa rumah dah start tinggal kat situ, depan rumah aku pun ada tapi aku belum bertegur sapa lagi.
Rumah tepi-tepi aku tak ada lagi yang dah masok pindah.
Hari Ahad kelmarin pagi-pagi lagi dah ada konsert, anak orang depan rumah tu menangis, Satu taman boleh dengar.
Yela, aku tak ada baby lagi so rumah aku ada bunyi TV je haha.


Malam-malam dengar pakgad round nek moto preng preng preng.
Oklah jugak, tak takut sangat dok rumah tak ramai orang lagi ni.
Harap-harap dorang wat keje baguih la, dah bayar RM60 untuk sampai hujung tahun ni.

Eh, tapikan.. bukan ke kerajaan dah bagitau kita tak waijb bayar pakgad ni? Tahun depan ke startnye.
Kan? Kan? Kan?

Hand Held Bidet Sprayer sungguh moden bunyinya.

Semalam kami pergi ke B. B. Bangi nak bank in progress payment kat CS. 
Lepas tu, kami gi jalan-jalan kat kedai Seksyen 7 cari 'hand held bidet sprayer'.
Punyalah banyak pilihan, tapi akhirnya kat kedai The Hauz jugak kami stop dan membeli.
Kami beli dua set bidet sprayer macam dalam gambar tu dan juga kepala paip baru.
Kepala paip default kat tepi tandas tu ada satu je muncung kan, kalo kami pasang hose untuk bidet sprayer ni nanti takleh guna paip tu untuk tadah air (untuk mop lantai misalnya).

Kepala paip yang kami beli tu ada 2 muncung, so satu pasang kat hose bidet sprayer, satu lagi bolelah buat tadah air ke ape.
Lari lah jugak bajet, tapi benda ni penting beli jugakkk.

Nak beristinjak menggunakan batu payah pulak, rumah dalam pekan ni mane nak cari batu bersegi dah tu nak longgok kat dlm bilik air pulak kan?
Jadi, untuk beristinjak menggunakan air, belilah hose. Selama ni guna paip getah je.
Dah pindah rumah sendiri ni kite edban sikit, beli hose sekali dengan kepala spray dia. 

Aku sukalah tandas yang ada sprayer ni sebab kalo pergi kat rumah Cik Ana (makcik Win) pakai ni rase best je nak pergi ke tandas cewahhh. Sebab tu Win belikan jugak, dia tau aku nak hohoho.

Ala, bukan nak berlagak macam rumah aku sorang je ade bidet. Korang pun belilah :P



Sunday, October 31, 2010

Pindah naik lori PON! PON! PON!

Kami dah pindah ke rumah Bayu Parkville!!
PON! PONNNN!
Lori sampai Sabtu tu, kami angkut barang besar gabak yang konfem tak muat kancil dulu.
Barang kecik-kecik tu hari Ahad kami angkut lagi dan kemas sikit rumah lama tu sebelum kami keluar.
Yang aku terharu Mak & Ayah datang jugak ke rumah nak tolong kami pindah.
Mak tolong masak-masak sementara kami angkat barang.
Ayah yang sakit pinggang dah tua tu pun dok angkat barang jugak walopon aku kata tak payah.
Bangun pagi Ahad badan dah start sakit.(T^T)
Rumah sekarang ni dia punya sepah tak payah ceritalah.
Baju sendiri pun aku susah nak cari dalam kotak @ beg mana.
Dapur dah kena pecah, so kami basuh pinggan kat sink toilet je dulu.
Maka, kalau tetamu datang ramai memang agak susah sikit la sebab nak kena basuh banyak pinggan & cawan kat sink toilet tu sebab sink dapur lambat lagi depa pasang.

Andy kata nak pasang KC mebi Jumaat ni. Aku kata baguihlah, Deepavali aku cuti.
Alih-alih dia tak pasan Jumaat ni cuti, dia kata kena tanya admin sekali lagi bila bole pasang KC umah aku.
Aku kata, tolonglah buat secepat mungkin.
Susahlah nak hidop tade sink dapur (=.=)

Grill pintu umah aku Teong dah cabut balik sebab nak tukar ke grill pintu yang ada handle.
Dia kata tak dapat siap dalam sehari, kena tunggu - aku kata takpe asalkan bagi aku pintu ada handle.
Aku belum bayar abis lagi sebab dorang still tak pasang bumbung awning aku, nak pasang harini katenye.
Harap-harap Teong tak buat taikla, no?

Malam tadi kami g ACE Hardware, Mines cari kunci mangga, kepala paip (untuk mesin basuh & luar rumah) dan skru untuk tengkuk LCD tv ni.
Win tak ingat mana dia letak skru tv tu masa kemas-kemas nak pindah rumah haha, so skru hilang - tv dok atas cabinet tade tengkuk! Kahkahkah. Malangnya tak jumpa pun skru tuk tv tu. Sony Center kata try pergi kat MidValley nye Sony Center minta sparepart. Haih, maleh betul aku kalo kene g MidV. Mencik.

Hah, masa aku dok tulis ni, Win tengah pasang kepala paip untuk pili luar rumah & nak ganti kepala paip plastik yang kontraktor bagi tuk mesin basuh. Apeke hei nye pakai tap plastik weh, mesin basuh auto?? Duh. Kami pun belila tap metal yang sesuai tuk mesin basuh. 
Masa Win tukar tu, paip tu, alur plastik tu rupanya dah haus, so bila masuk kepala paip metal tu keluar air sikit.
Sekali kau, bila bukak main tap kat meter air tu HAH keluar macam air pancut kat dapur!
Kahkahkah.
Sekarang kena panggil balik kontraktor tu tengok apa yang patut :P

Thursday, October 28, 2010

Dah call Chin Si Pemasang Astro

Tadi aku call balik orang yang pernah pasang Astro dish kat rumah aku tanye berapa dia nak kalo relocate Astro dish. Dia kata, bukak Astro RM50, pasang Astro RM100.

Aku cakaplah, nanti kalau aku bukak sendiri yang dia cuma pasang saja berapa? Dia kata RM100. Kalau aku tak guna wayar 10M yang dia punya, dia pulangkan RM10.

Haha. Aku kata, RM80 tak boleh? Aku kompiden sangat yang wayar Astro kami sedia ada tu cukup untuk pasang Astro kat rumah baru. Dia kata, bolehlah.
Aku cakap, kalau kerja dia OK nanti aku ajak jiran-jiran aku soh dia relocate Astro jugak lah. Ayat konon nak diskaun lebih la kan. Ceh.
Tapi betul la, kalo aku letak no kontek Chin kat FB bayu parkville tu sure ramai try call punya.
Kan?

Wednesday, October 27, 2010

Kita kasi pecahhhhhh!!

Sekarang orang CS tengah buat wet works kat rumah aku untuk install kitchen cabinet idaman.
Dorang kasi pecah tiles sedia ada & relocate socket & tambah socket baru untuk oven yang kena gune 15A point.
Alamak gambar dapur kena pecah tak boleh nak transfer dari henpon ke PC daaaa..
Okeh, balik nanti aku upload.
Pastukan, lepas dapur pecah ni, kami nak pindah masok umah sabtu.
Baru perasan yang nanti kami dok rumah tak ada sinki.
HOHOHO.
Makan luar la kite Hubby, sampai orang siap buat KC :P

Monday, October 25, 2010

Tint waktu malam kat sliding door macam cermin besar la pulak

hah kau, tu dia efek tinted sliding door di waktu malam.
macam cermin besar hohoho.
so tak payahlah kot beli cermin besar buat bilik nampak lebih luas kan kan kan?
jimat $$$$.

same goes to all other windows, reflecting the inner side of the room and see totally nothing what's outside. takut la jugak sebab kalo ade penyangak nak masok rumah boleh berjoget kat luar tingkap tapi orang dalam langsung tak nampak doh. bahaya kan?

tapi kalau nampak apa benda kat luar, takut jugak. kot kot 'kakak cantik' (baca: pontianak) lalu depan tingkap ke~~ haaa, lebih baik tak nampak ye tak? dan harus diingat, penyangak zaman sekarang mana ada lalu tepi tingkap dah, dorang lebih cerdik - turun dari bumbung tiru gaya Tom Cruise dalam cerita Mission Impossible.

Kipas Alpha dah datang yeay yeay~

Semalam aku mintak WFH (work from home) dari teamlead sebab nak tunggu orang Alpha nak datang install kipas pukul 2 ptg.

Berbaloi gak aku WFH sebab banyak kontraktor yang datang buat keje - grill, mentenen yang betulkan defect retak kat dinding rumah, KC provider, Jack-si-tinted-guy pun datang habiskan install tint dan tak lupa orang Alpha install kipas. Semua pun dalam rumah tu buat kerja, senang aku monitor. Tapi takleh nk konsentret wat keje sebab bunyi dorang drill besi PRENGGGGG PRENNNGGGG ponin kepalo den.

Kipas 3 blade dlm master bedroom. OKlah.

Kipas 5 blade dlm living room. Besssss~
OK apa pakai kipas dulu sementara ada duit nak pakai ekon. Kan? kan? kan?
Jawab kann cepatttt~

Grill dah pasang tapi aku tak pueh ati 100%

Dorang letak 'topi' kat skru grill, so nampak kemas

Grill bilik master bedroom ni selak diorang letak tah ape-ape

Grill sliding door ok.

Wrought iron pintu depan ni yang PALING tak pueh ati, lain aku order lain yg aku dapat.
Pagi ni nak call Teong cakap tak pueh ati lah dengan grill pintu depan ni.
Aku tunjuk dalam katalog nak grill pintu yang ada handle, ini langsung tak ada handle kunci pulak jenis cikai.
Ini dah kena tipu!
Dulu masa nak soh buat grill, janji kata nak bagi kunci jenis bagus.
Semalam aku dah komplen, dia kata sebab tombol pintu kayu tu ada, so tak boleh pasang grill ada handle.
Cehhhhhh~~
Rumah depan aku boleh je pasang handle kat grill, letak je la handle tu kat atas!
Ok, harini kene deal pasal pintu ni.
Geram ni.