Sunday, October 31, 2010

Pindah naik lori PON! PON! PON!

Kami dah pindah ke rumah Bayu Parkville!!
PON! PONNNN!
Lori sampai Sabtu tu, kami angkut barang besar gabak yang konfem tak muat kancil dulu.
Barang kecik-kecik tu hari Ahad kami angkut lagi dan kemas sikit rumah lama tu sebelum kami keluar.
Yang aku terharu Mak & Ayah datang jugak ke rumah nak tolong kami pindah.
Mak tolong masak-masak sementara kami angkat barang.
Ayah yang sakit pinggang dah tua tu pun dok angkat barang jugak walopon aku kata tak payah.
Bangun pagi Ahad badan dah start sakit.(T^T)
Rumah sekarang ni dia punya sepah tak payah ceritalah.
Baju sendiri pun aku susah nak cari dalam kotak @ beg mana.
Dapur dah kena pecah, so kami basuh pinggan kat sink toilet je dulu.
Maka, kalau tetamu datang ramai memang agak susah sikit la sebab nak kena basuh banyak pinggan & cawan kat sink toilet tu sebab sink dapur lambat lagi depa pasang.

Andy kata nak pasang KC mebi Jumaat ni. Aku kata baguihlah, Deepavali aku cuti.
Alih-alih dia tak pasan Jumaat ni cuti, dia kata kena tanya admin sekali lagi bila bole pasang KC umah aku.
Aku kata, tolonglah buat secepat mungkin.
Susahlah nak hidop tade sink dapur (=.=)

Grill pintu umah aku Teong dah cabut balik sebab nak tukar ke grill pintu yang ada handle.
Dia kata tak dapat siap dalam sehari, kena tunggu - aku kata takpe asalkan bagi aku pintu ada handle.
Aku belum bayar abis lagi sebab dorang still tak pasang bumbung awning aku, nak pasang harini katenye.
Harap-harap Teong tak buat taikla, no?

Malam tadi kami g ACE Hardware, Mines cari kunci mangga, kepala paip (untuk mesin basuh & luar rumah) dan skru untuk tengkuk LCD tv ni.
Win tak ingat mana dia letak skru tv tu masa kemas-kemas nak pindah rumah haha, so skru hilang - tv dok atas cabinet tade tengkuk! Kahkahkah. Malangnya tak jumpa pun skru tuk tv tu. Sony Center kata try pergi kat MidValley nye Sony Center minta sparepart. Haih, maleh betul aku kalo kene g MidV. Mencik.

Hah, masa aku dok tulis ni, Win tengah pasang kepala paip untuk pili luar rumah & nak ganti kepala paip plastik yang kontraktor bagi tuk mesin basuh. Apeke hei nye pakai tap plastik weh, mesin basuh auto?? Duh. Kami pun belila tap metal yang sesuai tuk mesin basuh. 
Masa Win tukar tu, paip tu, alur plastik tu rupanya dah haus, so bila masuk kepala paip metal tu keluar air sikit.
Sekali kau, bila bukak main tap kat meter air tu HAH keluar macam air pancut kat dapur!
Kahkahkah.
Sekarang kena panggil balik kontraktor tu tengok apa yang patut :P

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani