Saturday, October 16, 2010

Hari sabtu ini sangat produktif.

Hari ni pagi-pagi lepas sarapan cucur jagung-ala-Edot, kami pergi ke rumah baru untuk mengukur tingkap dan sliding door demi misi mencari quotation langsir kat kedai. Misi mengukur dan mendapatkan quotation sangat berjaya hari ini dengan mendapat 3 quotation harga dari kedai langsir.Alah, buat muka tembok je masok kedai langsir tu cakap, boleh tak bagi saya quotation untuk langsir ni, itu dan itu dengan ukuran ini (tunjuk buku yang ada ukuran tingkap).. senang je kann~

Kami patut menerima dua delivery hari ni, satu hood, hob & oven dari HTrends dan satu lagi wardrobe dari SK Furniture. TAPI CUMA DELIVERY HTRENDS SAJA YANG KAMI TERIMA.

SK Furniture mula-mula cakap aku punye turn dapat wardrobe adalah pukul 8 malam.

Aku cakap, kalo nak datang malam kene bergelap la sebab rumah ni baru dapat kunci karen lampu semua takdak lagi. Lepas tu dia kata, OK nanti pukul 2pm delivery aku sampai. Aku pun setia menunggu berpanas berpeluh ketiak dalam rumah tak ada kipas tu tapi lori tak kunjung tiba. Aku call pukul 2pm, dia kata lori dah on the way. Aku call lagi pukul 3pm, dia kata bole tak tunggu lagi sejam. Aku call lagi pukul 4.30, dia kata nanti dia tanya lori dan call aku balik.

"Miss ah, lori itu rosak di Puchong. Dia kata kalau siap cepat, cepat lah dia sampai. kalau lambat, ermm.. malam ini pukul 8 malam boleh sampai rumah you."

"Aik? Bole percaya ka lori rosak? You tipu saya kan?? Sebab tadi pagi you cakap saya punya delivery pukul 8 malam then saya kata rumah saya tak ada lampu you kata nanti you hantar 2pm pula. Sekarang you cakap lori rosak, barang boleh sampai pukul 8 malam lagi. You tipu kan?"

"Errmm, tak tau lah~~"

"Helo Miss, saya tak marah kalau you cakap tak dapat datang ini petang, tapi jangan buat saya tunggu. Rumah ni tak ada kipas tau, saya panas tunggu sini. Kalau tak datang, cakap la tak datang ini hari, boleh saya pergi tempat lain buat kerja saya."

"Sori ya miss, esok I akan bagi you punya delivery first delivery punya. Before 2pm. Nanti you tunggu I call dulu."

"Ok, esok pukul 2 ha, saya tunggu."

Ceh nak tipu pon agak2 la amoi~ lori rosak apa punya turrrr alasan lapok kau bagi. Lain kali bagi alasan bagus sikit, tak adalah aku terasa macam kena tipu. Cis.

Petang tu kami pun gerak ke Living Depot, B. B. Bangi sebab hari ni & esok ada sale sempena pembukaan kedai tu. Peh, memang berbaloi pi sana walopon tak dapat nak tengok Eric Leong live bagi tips pasal pemilihan kaler cat rumah, tapi kami rasa berbaloi-baloilah sebab jumpa sink & tap yang kami rasa ok dari segi kegunaan dan harga. Maka telah membeli undermount sink & tap dengan harga RM384 (T_T) Sink & tap simple pun mahal wohh~

Bukan itu sahaja, kami juga telah membeli rod aluminium zig-zag untuk dijadikan ampaian baju sebab kami rasa dengan 6' panjang + harga RM109 adalah sangat berpatutan.

Kami selesai membeli, hari pun gelap. "Alamak macam mana nak simpan barang ni dalam stor rumah baru? Gelap tuuu.." Tapi takkanlah kami nak angkut semua bende alah ni naik tingkat 4 apartment kami kot?

Dengan berbekalkan lampu kereta dan torchlite, kami masok ke rumah baru untuk menyimpan semua barang yang baru dibeli tu. Seram gak. Hihihihiiiiiiiiiiiiii~

Nak tengok? OK esok aku haplod gambo semua benda yang aku dah dapat. Eh, tapi semua aku dah stuffed dalam stor bawah tangga tu. Malas la aku nak punggah balik. hahaha

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani