Friday, October 15, 2010

Hari ni dapat kunci rumah hohoho

Helo~~~ sedang beronline menge-test broadband kat rumah baru ni. Nampak cam ok, laju je surfing.

Tadi proses amik kunci rileks je. Betul, memang kene bayar pak gad sebulan RM60. WAJIB. Dah bayar mahal-mahal haruslah menjaga kawasan perumahan ni elok-elok ye tak?


Masuk je rumah tadi, Teong dah sebok-sebok datang ukur grill, sementara tu meracun aku soh beli awning. Tapi aku tak cukup bajet, aku beli jugak awning tuk dapur. Tambah lagi duit. Pastu Teong kate, nanti dia pasang grill 25hb ni. Cehhh, kalut-kalut soh beli awning la beli itu la ini lah, tapi last-last pasang lambat lagi haha.

Tadi kami dapat checklist untuk cek defect. MEMANG BANYAK GILE CRACK.

Kat dinding dari dining area ke dapur tu berombak-ombak, bila komplen dia kata semua rumah macam tu. Ciss.
Siling kat dining area tu crack dari lampu ke kipas ke lampu. Yang itu bole komplen.
Dinding kat ruang tamu tuuu dia crack macam jalan semut, separuh ruang tamu tu ha crack! Kahkahkah.

Yang lain ok le aku tengok. Dulu rase cam kecik je rumah ni, tapi sekarang telah menerima kenyataan bahawa memang cuma mampu miliki rumah kecik (=.=)

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani