Thursday, December 23, 2010

Neighbourhood yang kaya tak kisah kereta calar @ dicuri

Kat taman perumahan ni, parking setiap rumah memang ngam-ngam sebijik kereta. Kalau kereta besar, rase memang sempit lah jugak parking tu. Aku park kereta kancil, tak terasa sempit sangat. Kecik.

Jadi kat blok aku dok ni, ramai gile orang parking kat luar gate rumah masing-masing makanya jalan depan rumah yang sempit! Kalau sabtu lagilah dengan lori pindah rumah, van kontraktor, kereta owner yang melawat rumah sedang di-renovate & kereta tenant yang memang dah pindah masok.


SESAK GLE, wokey?

Dorang ni kaya betul la, beli kereta mahal park luar rumah. Kalau calar @ kene curi pun tak apa kot?

Hati busuk, tong sampah pun busuk

Hahaha harini hari kamis, hari orang mengutip sampah.

Tapi disebabkan aku tak mahu orang yang selalu buang sampah dalam tong sampah aku boh sampah yang tak berbungkus, aku bawa masok tong sampah ke dalam gate. Tapi harini lupa nak bawa keluar.

Maka, sampah aku harini tak dipungut dan berbau busuk. Sebusuk hati tuan rumah.

Kahkahkah.

Thursday, December 16, 2010

Panjat kabinet kene ada tangga lipat


Kitchen cabinet tu tinggi la jugak part compartment atas skali tu, tak sampai kalo panjat guna kerusi makan maka kami kenelah membeli tangga lipat.

Tangga ni kami beli kat Living Depot B.B. Bangi dengan harga RM138. Paling murah kat kedai tu kot. Hajat di hati mestilah nak membeli tangga yang boleh lipat 4 tu tapi mahal la pulak sampai 400-500!!

Alah, tangga ni pun ok jugak apa~ ada 6 step, bila dah bukak tinggi dia dalam 5kaki, kaler pun striking oren itam tapi kalo kaler merah itam laaaaagi best. Tapikan, tangga ni sekarang dok berdiri kat depan stor bawah tangga, bilalah dia muat nak masok kat dalam, ek Hubby?

Wednesday, December 15, 2010

Siapalah suka buang sampah dalam tong sampah aku

Sapa yang selalu buang sampah dalam tong sampah rumah orang lain angkat tangan??

Kenapa buang pampers budak dalam tong sampah aku? Tong sampah rumah korang letak kat mana dan kenapa.. kenapa tong sampah rumah aku juga korang suka?

Ok, no big deal la kan nak buang sampah dalam tong sampah rumah aku asalkan tak buang dalam gate rumah aku kan tapi yang herannya kenapa buang tak bungkus elok-elok? Korang tau tak kalo tak bungkus elok-elok nanti orang yang angkut sampah tu tanak angkut? Dorang tak angkat sampah yang tak dibungkus dalam plastik, paham dak?

Eeee.. heran lah. Tong sampah rumah korang mana? Simpan buat simpan beras?

Tuesday, December 7, 2010

Rasmikan oven baru dengan memasak pizza

Manual oven hilang la pulak camane aku nak masak pizza ni?? Belasahhh.
Fermenting doh dengan cepat guna periuk nasi kesayangan.
Masak sos pizza sementara fermenting doh.
Penyekkan doh buat base pizza.
Tabur toppings & cheddar cheese
Bakar gune oven yang kehilangan manual.
Kuarkan jap tabur mozza cheese pulak.
Pizza redi dimakan. HOHOHO~
Walopon manual hilang, berjaya jugak memasak pizza dengan jayanya. Tapikan, bila tengok gambar alamak, sepah gile KC haku (T_T)

Monday, December 6, 2010

Bangun awal pagi tebuk dinding

Pagi-pagi dengan perut lapar, Win menebuk dinding menggunakan drill yang dipinjam daripada Abah. Dah lama beli cermin tempat letak berus & ubat gigi ni, tapi tak pasang-pasang lagi - sebab mata drill untuk tebuk mozek bilik air tak ada dalam set drill tu, kene beli sendiri. Kami beli mata tuk tebuk drill, RM3. haha.

Harini aku mengemop lantai yang dah 2minggu tak bersapu haha. Rumah kecik ni, soh aku mop 3 round pun aku rela sebab tak banyak pun tempat nak mop. Kehkehkeh

Sunday, December 5, 2010

Dah habis bayar hutang

Hari rabu dah abis bayar hutang kitchen cabinet.
Hari ahad dah abis bayar hutang langsir.


... maka dengan ini kami mengisytiharkan, duit downpayment nak beli kereta baru Inspira pun lesappp. (sebab itulah duitnye pun)
Kenelah kumpul duit lagi untuk beli kereta (T_T)

BERUSAHA!!