Sunday, October 31, 2010

Pindah naik lori PON! PON! PON!

Kami dah pindah ke rumah Bayu Parkville!!
PON! PONNNN!
Lori sampai Sabtu tu, kami angkut barang besar gabak yang konfem tak muat kancil dulu.
Barang kecik-kecik tu hari Ahad kami angkut lagi dan kemas sikit rumah lama tu sebelum kami keluar.
Yang aku terharu Mak & Ayah datang jugak ke rumah nak tolong kami pindah.
Mak tolong masak-masak sementara kami angkat barang.
Ayah yang sakit pinggang dah tua tu pun dok angkat barang jugak walopon aku kata tak payah.
Bangun pagi Ahad badan dah start sakit.(T^T)
Rumah sekarang ni dia punya sepah tak payah ceritalah.
Baju sendiri pun aku susah nak cari dalam kotak @ beg mana.
Dapur dah kena pecah, so kami basuh pinggan kat sink toilet je dulu.
Maka, kalau tetamu datang ramai memang agak susah sikit la sebab nak kena basuh banyak pinggan & cawan kat sink toilet tu sebab sink dapur lambat lagi depa pasang.

Andy kata nak pasang KC mebi Jumaat ni. Aku kata baguihlah, Deepavali aku cuti.
Alih-alih dia tak pasan Jumaat ni cuti, dia kata kena tanya admin sekali lagi bila bole pasang KC umah aku.
Aku kata, tolonglah buat secepat mungkin.
Susahlah nak hidop tade sink dapur (=.=)

Grill pintu umah aku Teong dah cabut balik sebab nak tukar ke grill pintu yang ada handle.
Dia kata tak dapat siap dalam sehari, kena tunggu - aku kata takpe asalkan bagi aku pintu ada handle.
Aku belum bayar abis lagi sebab dorang still tak pasang bumbung awning aku, nak pasang harini katenye.
Harap-harap Teong tak buat taikla, no?

Malam tadi kami g ACE Hardware, Mines cari kunci mangga, kepala paip (untuk mesin basuh & luar rumah) dan skru untuk tengkuk LCD tv ni.
Win tak ingat mana dia letak skru tv tu masa kemas-kemas nak pindah rumah haha, so skru hilang - tv dok atas cabinet tade tengkuk! Kahkahkah. Malangnya tak jumpa pun skru tuk tv tu. Sony Center kata try pergi kat MidValley nye Sony Center minta sparepart. Haih, maleh betul aku kalo kene g MidV. Mencik.

Hah, masa aku dok tulis ni, Win tengah pasang kepala paip untuk pili luar rumah & nak ganti kepala paip plastik yang kontraktor bagi tuk mesin basuh. Apeke hei nye pakai tap plastik weh, mesin basuh auto?? Duh. Kami pun belila tap metal yang sesuai tuk mesin basuh. 
Masa Win tukar tu, paip tu, alur plastik tu rupanya dah haus, so bila masuk kepala paip metal tu keluar air sikit.
Sekali kau, bila bukak main tap kat meter air tu HAH keluar macam air pancut kat dapur!
Kahkahkah.
Sekarang kena panggil balik kontraktor tu tengok apa yang patut :P

Thursday, October 28, 2010

Dah call Chin Si Pemasang Astro

Tadi aku call balik orang yang pernah pasang Astro dish kat rumah aku tanye berapa dia nak kalo relocate Astro dish. Dia kata, bukak Astro RM50, pasang Astro RM100.

Aku cakaplah, nanti kalau aku bukak sendiri yang dia cuma pasang saja berapa? Dia kata RM100. Kalau aku tak guna wayar 10M yang dia punya, dia pulangkan RM10.

Haha. Aku kata, RM80 tak boleh? Aku kompiden sangat yang wayar Astro kami sedia ada tu cukup untuk pasang Astro kat rumah baru. Dia kata, bolehlah.
Aku cakap, kalau kerja dia OK nanti aku ajak jiran-jiran aku soh dia relocate Astro jugak lah. Ayat konon nak diskaun lebih la kan. Ceh.
Tapi betul la, kalo aku letak no kontek Chin kat FB bayu parkville tu sure ramai try call punya.
Kan?

Wednesday, October 27, 2010

Kita kasi pecahhhhhh!!

Sekarang orang CS tengah buat wet works kat rumah aku untuk install kitchen cabinet idaman.
Dorang kasi pecah tiles sedia ada & relocate socket & tambah socket baru untuk oven yang kena gune 15A point.
Alamak gambar dapur kena pecah tak boleh nak transfer dari henpon ke PC daaaa..
Okeh, balik nanti aku upload.
Pastukan, lepas dapur pecah ni, kami nak pindah masok umah sabtu.
Baru perasan yang nanti kami dok rumah tak ada sinki.
HOHOHO.
Makan luar la kite Hubby, sampai orang siap buat KC :P

Monday, October 25, 2010

Tint waktu malam kat sliding door macam cermin besar la pulak

hah kau, tu dia efek tinted sliding door di waktu malam.
macam cermin besar hohoho.
so tak payahlah kot beli cermin besar buat bilik nampak lebih luas kan kan kan?
jimat $$$$.

same goes to all other windows, reflecting the inner side of the room and see totally nothing what's outside. takut la jugak sebab kalo ade penyangak nak masok rumah boleh berjoget kat luar tingkap tapi orang dalam langsung tak nampak doh. bahaya kan?

tapi kalau nampak apa benda kat luar, takut jugak. kot kot 'kakak cantik' (baca: pontianak) lalu depan tingkap ke~~ haaa, lebih baik tak nampak ye tak? dan harus diingat, penyangak zaman sekarang mana ada lalu tepi tingkap dah, dorang lebih cerdik - turun dari bumbung tiru gaya Tom Cruise dalam cerita Mission Impossible.

Kipas Alpha dah datang yeay yeay~

Semalam aku mintak WFH (work from home) dari teamlead sebab nak tunggu orang Alpha nak datang install kipas pukul 2 ptg.

Berbaloi gak aku WFH sebab banyak kontraktor yang datang buat keje - grill, mentenen yang betulkan defect retak kat dinding rumah, KC provider, Jack-si-tinted-guy pun datang habiskan install tint dan tak lupa orang Alpha install kipas. Semua pun dalam rumah tu buat kerja, senang aku monitor. Tapi takleh nk konsentret wat keje sebab bunyi dorang drill besi PRENGGGGG PRENNNGGGG ponin kepalo den.

Kipas 3 blade dlm master bedroom. OKlah.

Kipas 5 blade dlm living room. Besssss~
OK apa pakai kipas dulu sementara ada duit nak pakai ekon. Kan? kan? kan?
Jawab kann cepatttt~

Grill dah pasang tapi aku tak pueh ati 100%

Dorang letak 'topi' kat skru grill, so nampak kemas

Grill bilik master bedroom ni selak diorang letak tah ape-ape

Grill sliding door ok.

Wrought iron pintu depan ni yang PALING tak pueh ati, lain aku order lain yg aku dapat.
Pagi ni nak call Teong cakap tak pueh ati lah dengan grill pintu depan ni.
Aku tunjuk dalam katalog nak grill pintu yang ada handle, ini langsung tak ada handle kunci pulak jenis cikai.
Ini dah kena tipu!
Dulu masa nak soh buat grill, janji kata nak bagi kunci jenis bagus.
Semalam aku dah komplen, dia kata sebab tombol pintu kayu tu ada, so tak boleh pasang grill ada handle.
Cehhhhhh~~
Rumah depan aku boleh je pasang handle kat grill, letak je la handle tu kat atas!
Ok, harini kene deal pasal pintu ni.
Geram ni.

Sunday, October 24, 2010

Tingkap tinted ijo sangat cool, wokey?

Jack & wife tengah pasang tint. Tengok beza tingkap before (terang) & after tinted (ijo).

Dari luar, tingkap tinted nampak camneh.

Nak pasang tint kat sliding door paling susah Jack kata.

Roll tint yang dorang gune. Luar ijo, dalam silver.

Apesal muka tuan rumah macam tu?

Sliding door dari luar pun tak nampak isi dalam rumah lepas tinted.
Lepas tinted, memang rase gelap sikit dalam rumah.
Kalau tengahari, orang kat luar tak nampak isi dalam rumah cuma nampak reflection diri sendiri jek.
Senangla aku nak betulkan tudung kalo dah keluar rumah tak payah nak masok tengok cermin lagi haha.

Jack pesan, dalam 2 minggu ni jangan basuh tingkap ni. Biar je dulu sebab nak bagi tint tu betul-betul lekat dulu kot.
Hasil kerja Jack ni aku memang puas hati. Dia memang soft-spoken dan disebabkan aku ni antara customer terawal, dia bagi special price hoho.

Korang berminat nak pasang tinted jugak?
Call 016 - 646 3999 (Jack) horr~. Opis dia kat Puchong. Ni aku promot ni sebab Jack bagi aku spesel price~~

Saturday, October 23, 2010

Tingkap tinted kurangkan orang sekodeng

Hoyoyo~ semalam mencuci rumah sampai kol 1 pagi.
Lantai memang menghelit habaq hang~ memang bole suluh muka sendiri lah.

Hari ni petang dalam kol 2, Jack akan datang install tinted tingkap. Kami consider nak pasang tinted sebab:
  • Dia bagi harga special kepada 15 rumah yang pertama beli dengan dia, tapi dengan satu syarat kami kena gantung iklan kompeni dia kat gate kami untuk 2-3 minggu. Aku no problem, asalkan aku dapat harga yang murah sebab kami dah lari bajet (T_T)
  • Kami nak masok pindah sabtu ni tanpa langsir dalam rumah. Langsir tu baru je tempah dan rasanya kami akan suruh install bila kami cukup duit nak bayar baki hutang kat kedai tu hahaha. Kan dah cakap kami shortage of cash =.= So kalo ada tinted, dapatlah kurangkan tahap sekodeng dari luar ke dalam rumah. Eh, bukanlah kami berani2 nak dok dalam bilik tade langsir langsung, nanti kami gantungla selimut kat tingkap buat sementara tunggu install langsir kahkahkah.
  • Tinted tu bole tapis haba, UV dan kurangkan tahap penglihatan dari luar ke dalam rumah masa siang. OK lah tu~ supaya rumah tak panas sangat.

Cerita kedai lampu

Team En. Foo memasang lampu cekap betul!

Baiklah, mari memperkenalkan Team En Foo yang telah berjaya memasang semua lampu kat rumah ni. No kontek En. Foo kedai lampu ni yang bagi. Oh, terlupa juga sebenarnya harus memperkenalkan kedai lampu juga, Next's Creative @ Jalan Reko, Kajang. Harga sangat berpatutan dan pekerja sangat helpful terutama sekali yang nama Deelan.

Lampu untuk bilik
Lampu untuk bilik tidur kami beli yang harga RM30 setiap satu, tapi tanpa bulb. Demi menyelamatkan bumi, kami membeli bulb jimat tenaga RM10 satu jenama Aletko, 13W. Terang weh, rasanya macam tak payah beli lampu 3 bulb kot =.=

Lampu ruang tamu
Aku paling suka lampu downlight yang dipasang kat ruang tamu ni. Kena dengan tema rumah kami iaitu minimalis moden ala-kedekot dan sangat berbaloi-baloi dengan harga RM30 satu set termasuk dengan bulb jimat tenaga jenama Aletko, 13W.

Lampu untuk ruang tamu bila dipasang
Jumlah cahaya boleh dikatakan cukup untuk menerangi ruang tamu. Kalau tak cukup jugak, belilah lampu berdiri yang suluh dinding tu, yang IKEA jual murah tuuu.

Lampu kat dining area & dry kitchen
Lampu comel ini tempatnya di dining area. Yang merah ni akan diletakkan betul-betul atas meja makan. Taklah cantik sangat lampu ni tapi cute ^_^ dan murah iaitu RM88.
Satu je kami risau, lampu ni ringan ya amat! Kang kalo kipas dah install, aku memang sure la lampu ni akan berayun KAHKAHKAH.
Win kate letak pemberat supaya lampu ni tak berayun. Letak anak lesung batu, boleh?

Rumah dah pasang lampu yeay!!

Hohoho, baru siap pasang lampu petang tadi.
Wireman yang kononnya nak datang pukul 10 pagi tadi langsung tak nampak batang hidong buleh pulak buat tak tahu bila aku call & SMS.
Geramlah!!
Pergi ke kedai lampu untuk tukar lampu downlight silinder tu dan minta skali nombor kontek wireman yang boleh pasang lampu.
Org kedai tu soh call En Foo.
Peh, team En. Foo memang best habaq hang. Dorang memang sempoi dan cekap membuat kerja.
Yang aku pakai kat kepala tu patutnya pasang kat lampu (macam yang gantung kat atas kepala aku tu) tapi bila sarungkan PVC merah ni kat lampu, tak cerah sangat tuk lampu area sink. So bukak je biar transparent.
Baiklah sekarang tengah berpeluh ketiak mengemop lantai.
Chow chin cauuuu~

Thursday, October 21, 2010

Hoit! lampu kat kedai jangan lupa amik

Hohoho, esok dah nak pasang lampu siling tapi lampunya semua kat kedai lagi~
Malam ni baru nak gi amik.
Nasib baik kedai tu tutup pukul 9.30mlm, sempatlah aku pulang kerja pukul 7.
Sebenarnya tak ada mood nak kerja harini, sebab eksaited pasal nak tengok rumah esok.
Mebi, nak cuci lantai bilik kecik tu sikit sebab nak mula pindah kotak barang yang kami dah pack.

ohoiiii~

Booking lori 3 tan + 4 orang tolong angkat

Kosnya RM300 untuk sekali trip.
Mahal bukan?
Tapi amik jela sebab mana larat nak angkat barang rumah ni kami berdua jek.
Dan kami juga tak nak menyusahkan orang lain soh angkat barang yang banyak ni dari tingkat 4 pastu bagi upah air 100Plus je sorang satu.
Kalau upah orang lori ni taklah rasa bersalah sangat nak suruh, "Bang, tolong angkat peti ais tu cepat sikit eh sebab taknak ais dalam tu cair."
Hahaha.
Well, harap semuanya berjalan lancar dan kami dapat pindah rumah pada Sabtu depan.
Ya, kami akan berpindah dalam rumah yang tidak berlangsir :P
Langsir siap lambat lagi kot. tunggu kami cukup cash nak abiskan bayaran =.=

Wednesday, October 20, 2010

To-do-list nak pindah rumah

Dah siapkan semua to-do-list waaaaahhhhhh!!!
  • kontraktor grill & awning dapur
  • kontraktor pasang kitchen cabinet
  • hood, hob & oven
  • pasang wardrobe
  • kipas siling 
  • lampu siling (kecuali lampu yard belakang belum lagi)
  • wireman kipas (free installation by Alpha)
  • sink & tap tuk kitchen cabinet
  • langsir& blinds
  • ampaian DIY
  • book wireman pasang lampu
  • book astro guy nak pindah astro dish
  • book lori nak pindah (sabtu 30/10)

Jadual waktu kontraktor membuat kerja

Sabtu, 23/10:
  • En. Hariz nak mai install lampu pukul 10pg. Siap duit tuk bayar upah dia. So kena amik lampu kat kedai lampu Jumaat malam Sabtu tu.
  • Andy nak mai buat final measurement KC & bawa sample 3G doors. Oh nak pilih kaler tuk solid surface skali. Tak lupa juga 30% down payment kene bayar. Tak sure lagi bila depa buleh start buat KC tapi katanya next week -lah.
  • Pergi kedai langsir sebab kena pilih kain lain untuk curtain bedroom. Hmmph, kalo susah-susah sgt.. cancel je langsir tuk bedroom pehtu amik tuk living room + dapur + master bedroom je la. HAHAHA blk takde org tak payah langsir la hooorrr~
Isnin, 25/10:
  • Teong mai install grill & awning dapor. Siap duit belen hutang nak bagi kat dia.
Selasa, 26/10:
  • Kedai kipas Alpha mai install kipas 3 ketul. Kena minta kat teamlead kata nak kena keja from home sekejap sementara depa install kipas tu.
Rabu, 27/10:
  • Call lori tuk konfemkan tarikh nak pindah barang. Rasanya nak call yang offer RM300 untuk lori 3 tan + 5 org tolong angkat barang. OK la tu kan?
Jumaat, 29/10:
  • Nak cari kontraktor yang boleh cuci rumah dengan pencuci hebat seperti asid untuk melicinkan lantai. Sagat semua door knobs pun kena juga sebab knobs semuanya berketul2 plaster melekat.
Sabtu @ Ahad, 30/10:
  • Pindah rumah jommm kalau semuanya setel ikut perancangan. \ (^_^) /

    Finally kami pilih nak buat 3G Kitchen cabinet! woot wooott~


    Lepas beberapa bulan dok email dengan kitchen cabinet provider yang kami follow semua hasil kerjanya, lepas dapat kunci last week kami ajak Andy datang Bayu Parkville untuk tengok rumah & buat measurement. Andy ni baik orangnya fasih pulak cakap melayu. Huhuhu.

    Pagi ni kami baru je dapat email dari Andy dengan quotation 3G kitchen cabinet. OK, memang lari sikit bajet tapi demi kesan jangka panjang, kami rasa teruskan je la.

    Kalau ikutkan bajet, kami cuma mampu buat melamine KC je tapi kalau amik melamine solid putih, nanti lama-lama akan jadi kuning. Dapur melamine ni sesuai kalau jarang masak kat dapur tapi aku tiap hari pun masak wehh (ceh bajet rajin la tu haha).

    Kalau nak cantik & nampak moden, amik acrylic putih peh memang glossy abiss tapi kalau amik acrylic mudah calar dan kena pakai handle (kami tak suka KC ada handle sebab dapur sempit tak sesuai KC doors with handles, prefer aluminium edges)

    So kami amik 3G KC white doors with aluminium edges, memang yang jenis kami nak pun.

    Andy kata boleh start keje next week. Yeah yeah~

    Baru booking wireman pasang lampu

    Kan dah cerita betapa susahnya nak cari wireman yang memasang lampu kan~ so harini nekadlah cari je kat internet pastu call tanye berapa quotation untuk install satu point lampu.

    Saje je Google "pasang lampu seri kembangan" pastu TAADAAAA~ berlambak results keluar hah kau call je mane rase nak.

    Sekali call En. Hariz yang letak harga memasang lampu RM5/satu point.

    "Helo En. Hariz, saya nak tanya kalau pasang lampu biasa berapa harga encik amik?"

    "Oh, saya amik RM8 satu lampu biasa. Kalau chandelier tu saya pasang body dia je, yang juntai-juntai tu kene pasang sendirilah sebab saya malas. Lambat nak pasang manik-manik tu satu-satu hahaha."

    "EH? Tapi kat Internet tu tulis RM5 satu lampu~ kenapa sekarang dah tukar?"

    "Itu harga zaman bila tuuuu... 2007."

    "Owhh~ oklah kalau macam tu. Pasang lampu 13 point kat rumah saya sabtu ni boleh?"

    "Sabtu ni? Boleh. Tapi pagi tau, pukul 10."

    "Ok pukul 10pg. Kalau awal saya tak bangun lagi HAHAHAHA."

    "HAHAHA. Okeh. Nanti SMS alamat ya?"

    "Ok. Eh, kalau relocate Astro En. Hariz amik berapa?"

    "Oh relocate jauh tak? Kalau dekat saya amik RM100 - cabut pasang astro kat rumah baru."

    "Okeh, cantekkk.. Nanti bila saya dah siap pindah barang, saya call En Hariz lagi tolong relocate Astro pulak ye."

    Maka, setel lah sudah hal mencari orang pasang lampu. Siappppp keluar duit je.

    Tuesday, October 19, 2010

    Nak pindah rumah baru punya pasal

    .... keluarkan semua duit simpanan untuk preparation nak masok rumah baru. Sekarang dalam ASB tinggal 83 hengget kahkahkah

    Punyalah payah cari quotation pasang lampu

    Lampu dah laaaaama dah beli tapi tinggal je kat kedai sebab tade tempat nak letak kat rumah baru, takut orang yang datang wat renovation nanti curik haha. Sebab pernah dengan kontraktor kitchen cabinet mana tah pesan, kalo ade org wat renovation rumah, jangan harus tinggal barang tak de orang tengok-tengokkan.

    OK, asalnya nak cerita kisah lampu ni. Untuk rekod, kami kene pasang 13 point lampu.

    Kami tanya quotation harga memasang lampu siling dari kontraktor KC - pehh mahal gile satu point lampu diorang amik RM25 tak kira apa jenis lampu sekalipun. Cuba darab 13 point tengok?

    Kontraktor pasang grill pula kate kawan die boleh pasang satu point lampu biasa (lampu tak komplikated) tuk RM7 @ RM8. Lampu yang komplikated dalam RM18 kot satu point. Kami ada 3 kot lampu komplikated - alah~ pendant lamp tuk kitchen & dining table je pun bukannye komplikated sangat.

    Tanya kat wireman yang pernah datang umah kami betulkan main switch, dia caj RM10 tuk satu point lampu biasa. Yang lampu komplikated dia nak caj RM18/each kot.

    TAPI Win nak cari Indon yang boleh pasang semua lampu kat rumah tu dengan harga RM100 kihkihkih. Sapa ada kontek org pasang lampu RM100 bole tak bagi? Tinggal komen kat sini ya? Mekasihhh~

    Haihhhh~ kalo susah susah sangat kite amik kontek wireman dari kedai lampu yang kite beli lampu tu je lahhh~

    Monday, October 18, 2010

    Langsir dah tempah tapi....

    ... semalam dapat call dari kedai kain kata langsir yang kami tempah untuk bilik tidur tak cukup stok. Yelah, kami pilih kain yang murah je untuk langsir bilik, RM18/meter. Ramai kot yang amik kain tu. Sabtu ni kami kene gi kedai lagi untuk pilih kain lain.

    Cadang nak gune roller blinds untuk semua bilik tidur tapi tak mampu sebab mahal sangat, overbajet pula. Start dengan langsir dulu la, esok-esok dah ade duit barulah kite tukar blinds kannn~

    Deposit langsir dah bayar. Oh, hutang lagi :P

    Sunday, October 17, 2010

    Wardrobe dah siap wohoo~

    Masa mula-mula nak pasang

    Dah nak siap pasang!
    Semalam kami tunggu delivery wardrobe yang akhirnya sampai jugak. Janji kata kol 2, tapi last-last dorang kata kol 4 ptg baru boleh sampai. Mula-mula aku marah jugak, tapi tak leh nak kate ape dah YE KAN JELAH.

    Pakcik yang pasang almari ni cekap jugak la orangnye sebab rumah kami tu tak install main switch lagi jadi kene pikir sendiri macam mana nak dapatkan karen nak on electric drill dia tu. Tak la perfect sangat keja pemasangan almari ni tapi oklah kan daripada pasang almari senget menget kahkahkah.

    Disebabkan tade karen, jadi pagi-pagi tadi aku dah pegi opis developer minta dorang install-kan main switch tu & bukak kunci air. Nampak gaya orang yang amik details umah aku tu macam nak setelkan semua tu arini, tapi tengoklah petang nanti macam mana, kot-kot gaya je lebih tapi tak take action kehkehkeh.

    Petang nanti Win balik keje dia akan cek pakcik tu dah intall main switch ke belom.

    Haih dorang ni macam pahat tau, nak kene ketuk dengan tukul baru nak bergerak :P

    Saturday, October 16, 2010

    Hari sabtu ini sangat produktif.

    Hari ni pagi-pagi lepas sarapan cucur jagung-ala-Edot, kami pergi ke rumah baru untuk mengukur tingkap dan sliding door demi misi mencari quotation langsir kat kedai. Misi mengukur dan mendapatkan quotation sangat berjaya hari ini dengan mendapat 3 quotation harga dari kedai langsir.Alah, buat muka tembok je masok kedai langsir tu cakap, boleh tak bagi saya quotation untuk langsir ni, itu dan itu dengan ukuran ini (tunjuk buku yang ada ukuran tingkap).. senang je kann~

    Kami patut menerima dua delivery hari ni, satu hood, hob & oven dari HTrends dan satu lagi wardrobe dari SK Furniture. TAPI CUMA DELIVERY HTRENDS SAJA YANG KAMI TERIMA.

    SK Furniture mula-mula cakap aku punye turn dapat wardrobe adalah pukul 8 malam.

    Aku cakap, kalo nak datang malam kene bergelap la sebab rumah ni baru dapat kunci karen lampu semua takdak lagi. Lepas tu dia kata, OK nanti pukul 2pm delivery aku sampai. Aku pun setia menunggu berpanas berpeluh ketiak dalam rumah tak ada kipas tu tapi lori tak kunjung tiba. Aku call pukul 2pm, dia kata lori dah on the way. Aku call lagi pukul 3pm, dia kata bole tak tunggu lagi sejam. Aku call lagi pukul 4.30, dia kata nanti dia tanya lori dan call aku balik.

    "Miss ah, lori itu rosak di Puchong. Dia kata kalau siap cepat, cepat lah dia sampai. kalau lambat, ermm.. malam ini pukul 8 malam boleh sampai rumah you."

    "Aik? Bole percaya ka lori rosak? You tipu saya kan?? Sebab tadi pagi you cakap saya punya delivery pukul 8 malam then saya kata rumah saya tak ada lampu you kata nanti you hantar 2pm pula. Sekarang you cakap lori rosak, barang boleh sampai pukul 8 malam lagi. You tipu kan?"

    "Errmm, tak tau lah~~"

    "Helo Miss, saya tak marah kalau you cakap tak dapat datang ini petang, tapi jangan buat saya tunggu. Rumah ni tak ada kipas tau, saya panas tunggu sini. Kalau tak datang, cakap la tak datang ini hari, boleh saya pergi tempat lain buat kerja saya."

    "Sori ya miss, esok I akan bagi you punya delivery first delivery punya. Before 2pm. Nanti you tunggu I call dulu."

    "Ok, esok pukul 2 ha, saya tunggu."

    Ceh nak tipu pon agak2 la amoi~ lori rosak apa punya turrrr alasan lapok kau bagi. Lain kali bagi alasan bagus sikit, tak adalah aku terasa macam kena tipu. Cis.

    Petang tu kami pun gerak ke Living Depot, B. B. Bangi sebab hari ni & esok ada sale sempena pembukaan kedai tu. Peh, memang berbaloi pi sana walopon tak dapat nak tengok Eric Leong live bagi tips pasal pemilihan kaler cat rumah, tapi kami rasa berbaloi-baloilah sebab jumpa sink & tap yang kami rasa ok dari segi kegunaan dan harga. Maka telah membeli undermount sink & tap dengan harga RM384 (T_T) Sink & tap simple pun mahal wohh~

    Bukan itu sahaja, kami juga telah membeli rod aluminium zig-zag untuk dijadikan ampaian baju sebab kami rasa dengan 6' panjang + harga RM109 adalah sangat berpatutan.

    Kami selesai membeli, hari pun gelap. "Alamak macam mana nak simpan barang ni dalam stor rumah baru? Gelap tuuu.." Tapi takkanlah kami nak angkut semua bende alah ni naik tingkat 4 apartment kami kot?

    Dengan berbekalkan lampu kereta dan torchlite, kami masok ke rumah baru untuk menyimpan semua barang yang baru dibeli tu. Seram gak. Hihihihiiiiiiiiiiiiii~

    Nak tengok? OK esok aku haplod gambo semua benda yang aku dah dapat. Eh, tapi semua aku dah stuffed dalam stor bawah tangga tu. Malas la aku nak punggah balik. hahaha

    Friday, October 15, 2010

    To-do-list hari ini

    Baiklah, semangat rumah baru hari ini! Perkara yang perlu dilakukan pada hari ini adalah:
    • Pagi-pagi pergi ukur tingkap dan sliding door - pergi ke kedai langsir dan minta quotation harga. (walaupun kebarangkalian pindah masok ke rumah tanpa langsir adalah sangat besar T_T )
    • Bawa kerusi dan meja kecil ke rumah baru sebab nanti senang nak gune laptop dan melukis pelan.
    • Tunggu delivery hood, hob dan oven dari HTrends
    • Tunggu delivery wardrobe dari SK Furniture.
    • Bawa air minuman sebab duduk di dalam rumah yang tiada kipas / ekon adalah sangat panassss.
    • Sementara menunggu delivery, akan meluangkan masa dengan mengukur rumah dan melukis layout. Nanti senang nak tanda point lampu.
    Baiklah, mari sama-sama nantikan apa akan terjadi at the end of the day :)

    Pening kepala sebab bajet lariiiii~~ (T_T)

    kuikuikui

    Hari ni dapat kunci rumah hohoho

    Helo~~~ sedang beronline menge-test broadband kat rumah baru ni. Nampak cam ok, laju je surfing.

    Tadi proses amik kunci rileks je. Betul, memang kene bayar pak gad sebulan RM60. WAJIB. Dah bayar mahal-mahal haruslah menjaga kawasan perumahan ni elok-elok ye tak?


    Masuk je rumah tadi, Teong dah sebok-sebok datang ukur grill, sementara tu meracun aku soh beli awning. Tapi aku tak cukup bajet, aku beli jugak awning tuk dapur. Tambah lagi duit. Pastu Teong kate, nanti dia pasang grill 25hb ni. Cehhh, kalut-kalut soh beli awning la beli itu la ini lah, tapi last-last pasang lambat lagi haha.

    Tadi kami dapat checklist untuk cek defect. MEMANG BANYAK GILE CRACK.

    Kat dinding dari dining area ke dapur tu berombak-ombak, bila komplen dia kata semua rumah macam tu. Ciss.
    Siling kat dining area tu crack dari lampu ke kipas ke lampu. Yang itu bole komplen.
    Dinding kat ruang tamu tuuu dia crack macam jalan semut, separuh ruang tamu tu ha crack! Kahkahkah.

    Yang lain ok le aku tengok. Dulu rase cam kecik je rumah ni, tapi sekarang telah menerima kenyataan bahawa memang cuma mampu miliki rumah kecik (=.=)

    Thursday, October 14, 2010

    Hari ni dapat kunci rumah YEAYYYY

    Oh oh oh sungguh eksaited hari ni sebab nak dapat kunci rumah after almost 3years tunggu (since Jan 2008).

    Tapi eksaited tu kurang sket sebab harini kami keje halfday. Petang nanti balik baru amik kunci kol 3pm.

    Lepas amik kunci nanti, kami akan call Teong untuk ukur pintu & tingkap nak pasang grill. CS yang nak pasang kitchen cabinet pun mebi datang petang ni dengan orang ukur tingkap & sliding door nak pasang langsir.

    Hrmm, harini nak kene buat keputusan sama ada nak buat awning rumah ke tak. Kalo buat pun, mebi akan amik yang murah je kot.

    Wednesday, October 13, 2010

    Delivery Kipas Alpha

    Dulu masa beli kipas kat Alpha @ HomeDec 2010 (Part II), kami minta delivery 29hb sebab masa tu nak pastikan yang semua dah setel (grill lampu etc) baru nak install kipas.

    Tadi saja-saja call Alpha tanya boleh tak bagi delivery awal sket? Dorang call balik cakap boleh, 26hb ni, Aku kata oklah tu.

    So, 26hb ni pasang kipas siling. YEAY!

    Kene bawa duit lebih masa nak amik kunci weh

    Kat fesbuk - komuniti bayu parkville kan, ada orang cerita yang diorang kena bayar RM180 untuk kos bayar guard bagi Oct - Dec 2010 akan datang. Sebulan RM60 tuh! Gila mahal.

    Bayar caj kat developer yang guna bank draft tu lain, yang bayar pak gad tu lain. Hamboohamboihamboi~

    Kalau bayar mahal tapi servis bagus tak pe lah.
    Ini anjing liar beramai-ramai masuk ke kawasan perumahan kenapa tak halau?

    Hurm, maybe anjing tu upah pak gad tu duit kot, sebab tu pak gad bagi dorang masok.

    Tuesday, October 12, 2010

    Sikit-sikit nanti lama-lama tak sakit

    Malam tadi kami gotong-royong packing barang yang jarang digunakan. Sikit-sikit pack, nanti takla sakit nak pack barang semua sekali.

    Aku pack barang kat dapor - simpan semua tupperware gelas cawan yang jarang digunakan dalam kotak.

    Win pula pack barang kat guest room. Cewah padahal bilik no.2 saja panggil guest room sebab kalo ade tetamu datang memang soh dorang dok bilik tu. Win bukak katil single tu, lipat semua tilam dan buang semua barang dalam kotak junks yang kami simpan sejak mula bercinta lagi. HAHA.

    Oh, semalam jugak kami ada buat senarai penukaran alamat yang kami perlu buat sebab nak pindah rumah. Wah banyak jugak aku kene gi buat penukaran ni, JuscoCard, CoswayCard.

    Alamat IC pun nak tukarlah ke alamat rumah baru tu nanti... hikhikhik.

    Monday, October 11, 2010

    Lampu downlight yang memenuhi citarasa dan bajet

    Lampu yang ada 3 mentol kecik (tapi ade kaver bentuk gelas petak) kami beli untuk 3 bilik tidur. Kenapa beli yang jenis macam ni?
    • sebab 3 gelas yang pegang mentol tu boleh ditujukan ke arah yang kita nak. macam nak satu suluh kiri bilik, satu suluh tengah bilik & satu suluh kanan bilik. ok la buat sementara ni.
    • sebab kedai tu jual satu set ni RM33 (tak termasuk mentol). Kami beli mentol jimat tenaga jenama Aletko 3 biji untuk setiap satu set, RM10/each.
    • sebab kami dah malas nak pikir jenis lampu apa nk letak dalam bilik tidur, so setel down dgn yang ni je.
    Kami beli lampu downlight yang dalam silinder untuk lampu ruang tamu & dapur sebab kami dah kira bajet, tak cukup untuk buat Plaster Ceiling (PC). Buat permulaan ok la kot guna lampu jenis ni. Yang ini pun beli mentol yang jimat tenaga. Nak jugak lampu downlight kan, tapi tade modal nak buat PC kenalah beli lampu jenis ni huhuhu.

    Sunday, October 10, 2010

    To-do-list #9 - Bank Draft

    DONE!

    Kat Techno Park Malaysia ni ada Maybank, so aku buat bank draft kat situ je sblm masok keje kol 11pg tadi. Bagaimana memohon bank draft? Baiklah, disebabkan baik hati harini maka aku kongsi - cehhh macamlah orang lain tak reti buat bank draft kan?

    Langkah-langkah membuat bank draft adalah:

    1. Isi borang kaler kuning bertulis, Application forRemittance (Permohonan Kiriman Wang)
    2. Isi butir peribadi pemohon dan penerima (nama developer je pun cukup)
    3. Walopon dalam borang tu kata boleh debit dari akaun untuk membuat bank draft, tetapi agaknya tadi nilai RM250 tu terlalu sedikit, maka dia suruh aku bagi duit tunai.
    4. Pastu, siapkanlah duit caj komisen RM5! Ciss..
    5. Tunggu sebentar
    6. Bank draft siap bila nama anda dipanggil semula di kaunter bank.
    7. Simpanlah bank draft tu elok-elok, wokeyy?
    Sekian, terima kasih.

    Saturday, October 9, 2010

    Dah beli lampu hohoho

    Kami jumpe satu kedai lampu kat Jln Reko, Kajang tadi jual lampu yang jual murah. Harga dia reasonable lagipun jauh lebih rendah dari kedai-kedai yang kami dah tengok kat tempat lain.


    Kami jumpe lampu design yg sama macam aku cerita itu ari tapi ini besar lagi sket DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH daripada kedai lampu kat Balakong tau? Kat kedai Balakong tu jual RM128/each tapi tadi kami dapat beli lampu ni besar siket hanya dengan RM88/each!!




    Dahlah kat kedai tu ada lampu yang kaler merah wah terus eksaited nak beli. Bukan lampu ni je sale, design lampu yang kat kedai lain jual RM68/each tapi kat kedai ni jual RM33 je, wokey?

    Tadi kami sangat puas hati dengan harga yang ditawarkan, maka terus membeli semua lampu yang diperlukan untuk rumah baru. Bawah bajet yang dianggarkan - yeah!

    Eh, bila dah balik baru perasan yang kami tak beli lampu untuk porch luar rumah =.=!



    Friday, October 8, 2010

    Next step lepas dapat tarikh amik kunci

    • Call Uncle T untuk grill measurement
    • Call SK-F untuk arrange wardrobe delivery sabtu/ahad (15hb @ 16hb)
    • Call HT untuk arrange hood, hob & oven delivery sabtu/ahad (15hb @ 16hb) - esok
    • Call CS untuk arrange KC measurement. Measure tuk langsir skali mebi?? - email je
    • Tanye wireman uncle Mie bole x datang rumah ukur buat plaster siling & wiring & lighting.
    • Apply half day leave untuk collect kunci.- isnin depan

    Thursday, October 7, 2010

    Appointment amik kunci rumah

    Yeay dah buat appointment amik kunci rumah - JUMAAT DEPAN hahaha.

    Tadi aku tanyelah, boleh tak bagi aku can.. macam selit masa aku pagi sebab aku masok keje kol 11am, balik keje kol 7pm camane nak amik kunci kol 3pm?

    Dia kata, amik lah isnin 18hb! Cehhhh~ takmolah. Kalo aku amik jumaat, at least sabtu ahad aku dah boleh panggil orang ukur pintu tingkap nak buat grill.

    Baiklah, hujung minggu ni mari menyambung packing barang dalam kotak nanti senang tak banyak barang nak pack kelam kabut.

    Cek, di mana kau cek?

    Tadi petang aku call MTower tapi line asek bizi so aku call la bank sekejap nak tanye status homeloan disbursement.

    Bank kata dah disburse semua amount yang developer mintak, 5 oktober lepas. Pastu aku tanyalah, selalu anta cek ke developer pakai courier ka? pakai posmen Malaysia kah? Dorang cakap pakai courier, dalam 2 hari macam tu baru la sampai kat developer agaknye.

    Ceh, 2 hari? So patutnye harini lah (7 Oktober) cek tu boleh sampai ke tangan developer, ye tak?

    Pastu aku pun semangat waja-lah call MTower balik. Bizi! Bizi! Bizi!

    Kol 4.30 ptg camtu baru line tak bizi dapatlah bercakap dengan orang MTower. Dia kata takde pun cek bank tu sampai~~~ (T_T) haih, tunggu esoklah aku call tanya lagi. Selagi cek tu tak sampai kat developer, dorang takkan bagi buat appointment untuk amik kunci rumah (T^T)

    Esok, call MTower lagi. Haihhhh~

    Wednesday, October 6, 2010

    Wardrobe dah siap wohoo~

    Tadi dapat call dari delivery department SK Furniture. Jennifer kata,

    "Miss Hidaya ah? Kami sudah siap wardrobe, harini mau delivery boleh?"

    "Eh? Hari ni tak bolehlah, sebab I belum dapat kunci rumah baru tu lagi. Erm, maybe dapat after this 13 atau 15 haribulan. Nanti I call you balik la, arrange delivery. Boleh ah?"

    "Boleh boleh. You call this number bagi No Invoice you."

    "Ok thanks Jennifer~"

    Huh? Dah siap dah wardrobe yang dibuat 2 minggu lepas. Bagus kedai ni menepati janji. Nanti sure nak beli barang kat kedai dia lagi. Hohoho~

    Monday, October 4, 2010

    Ring Ring~!!

    Baru jap tadi call bank tanya ape status disbursement? Dorang kata baru je release 5hb. Hari ni!

    Then teros call MTower tanye bank dah release payment, boleh tak buat appointment nak amik kunci? MTower kata, cek tu belom sampai kat tangan dorang lagi, kalau dah sampai baru boleh buat appointment amik kunci. Ceh.

    MTower soh aku terai call esok lepas lunch, mana tahu posmen yg anta cek bank tu kot-kot sampai ke opis dorang esok pagi. Kalau esok tak sampai jugak, dorang soh terai call khamis pulak. Ceh.
    Aku kalut nak buat appointment ni bukan apa, sebab aku tanya tadi kat MTower bila hari available tuk amik kunci tu, dorang kata 12hb Oktober ni dah FULLY BOOKED, yang available cuma 13hb & 15hb. Tulah pasai kalut ni.

    Pastu soh aku buat bank draft untuk bayar caj miscellaneous tu. Boleh. Boleh. Tapi make sure aku bole buat appointment amik kunci dulu, baru aku buat bank draft.

    Oh, yalah. Kami patut bayar RM332.34 tapi MTower kata dapat diskaun, so cuma perlu bayar RM250 saja.

    Eh, camana nak buat bank draft aahhhh?

    Sunday, October 3, 2010

    To-do-list #8 - Langsir & blinds

    Masa kami jalan-jalan sebey lampu untuk rumah, kami singgah kedai langsir kat area situ dan aku saja-saja terai tanya quotation harga langsir tuk sliding door dan blinds tuk semua tingkap tuk rumah baru.

    Semua ukuran pun main agak-agak je la kan sebab takkanlah otak aku hebat gile bole ingat segala ukuran tingkap walopon baru sekali dua masuk showroom dua tahun lepas?

    Auntie tu pun kira, tekan-tekan kalkulator dia.

    "Around RM2k loh~" tunjuk kat aku kalkulator yang tulis RM1970.

    Yalah mebilah logik kot kiraan anggaran dia tuh. Kain tuk sliding door aku nak 2 jenis, yang tebal dengan design eyelet dan kain sheer kat belakang kain tebal tu. Blinds tuk bilik tidur pulak nak yang jenis 'sun-block' maknanya kalo salin baju orang kat luar tak nampaklah.

    Hurm, nanti nak terai sebey kedai langsir lain pulak lah.

    Lampu meja makan yang sangat comel


    Semalam on the way balik dari membeli barang dapur, kami singgah kat Plaza Perabot Balakong tengok-tengok kedai perabot & lampu.

    Ada satu kedai kat hujung skali, jual lampu ni! Comel sangat. Aku rasa kiut sangat kalo meja makan aku diterangi cahaya kekiutan lampu ni. Ada 3 kaler, putih, biru & kunen. Kalo ade merah agaknye kat situ jugak aku beli :P

    Ya, kami sekarang tengah pikir nak pasang lampu jenis apa kat rumah tu.

    Kami prefer downlight, tapi masalahnya CUKUP KE DUIT NAK PASANG PLASTER CEILING kalo nak pasang lampu downlight?

    Win sebey lampu siling yang agak jimat tenaga jenama Panasonic. Mahal.

    Aku rasa, kalo tak cukup sangat-sangat dah duit, lampu kalimantang dulu pun tak apalah. T_T

    Saturday, October 2, 2010

    Misi mencari kipas!!

    Kami pi jalan-jalan HomeDec @KLCC seharian semalam nak survey kedai jual kipas & lampu untuk rumah. Adalah beberapa pilihan untuk kipas semalam, Panasonic, Mistral, Elmark, Rubine & Alpha.

    Lepas jalan punya jalan, tanya punya tanya pasal semua kipas tu sampai dah tak larat nak dongak siling tengok design kipas, kami pun settle down dengan kipas Alpha 828/5B dan 828/3B.

    3 blade / 56" untuk master bedroom

    5 blades / 56" untuk ruang tamu & ruang makan

    Dapat hadiah percuma bagi setiap satu kipas
    Kami beli 3 ketul kipas maka dapat memilih 3 hadiah percuma dari Alpha. Kami pilih, Payung, Multipurpose kotak (macam kotak CD) dan bekas makanan tupperware.

    Semua ni akan dihantar ke rumah pada 29 Oktober nanti dengan harapan by November kami dah boleh pindah masok rumah tu.