Sunday, November 7, 2010

Dah kata rumah aku kecik nak datang tengok jugak ke

Kat opis aku ada sorang minah ni beli rumah 2 tingkat kat Jade Terrace (belakang lagi dari Bayu Parkville). Eh, bukan dia yang beli, boyfriend dia yang beli. Dia cerita, bapak boyfriend dia yang sponsor down payment rumah tu, RM180ribu. So, not really rumah dia-lah, katanya. Sebelum ni, dia ada masok showroon rumah Bayu Parkvile tengok-tengok kot-kot rasa nak beli dan dia rasa sangat kecik rumah sini. Yelah kecik, dah rumah atas rumah bawah lain-lain.

Banyak kali dia mention, rumah sini kecik. Sempit. Tak cukup besar. Sambil buat muka tak suka. Banyak kali, wokey??

Aku yang dah beli rumah so-called kecik ni sangat terasa hati tau. Dah ini je kami mampu. Inipun kami beli tak guna duit orang tua tau dak? Duit sendiri. Not even gune satu sennnn pun duit KWSP kami sebab kami beli umah kosong je.

Pastu kannn, baru-baru ni dia tengok taman Bayu Parkville ni dah ada orang keluar masok, dia tanya aku dah dapat kunci rumah ni kah? Dia soh ajak dia tengok rumah aku bila dah dapat kunci.

Aik, dah kata rumah aku kecik, sempit, tak cukup besar.. buatpa hang nak tengok? Nak tolong bagi sakit hati aku lagi kah? Ala, tak payah mai la. Kalo hang mai pun takdak tempat nak parking satgi hang komplen kata sini bukan setakat rumah je kecik, parking pun kecik. Sabit tu aku takmo ajak hang mai tengok rumah bila aku dah pindah ni.

Ok, tu jek luahan perasaan ini. Bai.

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani