Saturday, November 13, 2010

Barang beli kat IKEA pun nak tunjuk-tunjuk ek eleh

 Ramai kan ada lampu ni kat rumah? Aku pun nak jugak seketul letak kat ruang tamu, romantik sket tengok tv, lampu dim gituuu. Last month dorang jual lampu ni kat IKEA cuma dengan RM29.90 woh sampai stok untuk harga tu habis!! Semalam aku pi terpakse beli dengan harge lebih tinggi (T_T)

Tempat letak sudu ni standard ah, ramai gile beli sebab RM1.90/each. Tapi selama ni aku tak beli sebab tak ada KC. Sekarang baru ada KC, baru lah ada sebab nak beli (^_^) Tengok kiri kanan tray tu ada macam plaster itam kan? Win modified bende ni sket sebab nak buatkan benda alah ni boleh hanging kat laci tu, so bawah dia bole letak benda lain.

 Cermin ni kami beli sebab nak lekat kat bilik ayor. Ala, beli jenis yang petak RM19.90/ 4 pieces tu je haha. So satu bilik ayor dapat le 2 cermin lekat kat atas sink :P

 Placemat merah! Oh sebelum ni kami ada beli placemat plastic kaler itam ijo (huh tak ikut tema langsung) tp tak tahan panas bila letak mangkuk panas kan, placemat plastik tu jadi meleding, kesian. Rosak terus. Yang ni bole tahan panas sikitlah, xkan meleding. Dan yang sangat mengujakan, placemat ini berwarna MERAH sangat comel bila letak atas meja makan itam. Ahaks! Pinggan pulak puteh aaa~ barulah kena dengan tema!

 Rak kasut idaman Win - the blackest black. Huhu, tiap kali g Ikea mesti Win cakap nak beli tapi tak beli-beli pun sebab belum pindah. So semalam, akhirnya dia dapat jugak beli rak kasut idaman, letak belakang pintu masok living room. Aku nak rak kaler merah tapi Win kate, terang sangat kaler, lagipun kasut kotor, lg senang menten kalo beli rak kaler itam.

Ohh dahlama aku teringin nak beli walopon dalam rumah tak ada kanak-kanak. Ala, orang dewasa pun boleh guna apa? Setakat makan eskem je kan? Anak sedara datang umah ni nanti adalah jugak menda yang boleh buat depa seronok nak makan.

Last but not least, doormat. Kaler yang ada merah & kelabu gelap ah bolehlah sebab langsir kelabu, karpet merah ok ape doormat kaler ni. Nak cari itam merah tak ada haihh~ bawah RM10 lagipun. Huhu~ sekarang dah ada tempat kesat kaki aaa~ kontraktor jangan gatal masok umah aku kaki berhabuk. Kesat kaki tu dulu, wokey!

Ada satu lagi bathroom mat aku beli kat cosway Ikano tapi.. aih, tertinggal pulak bende alah tu kat tempat kami makan sebab aku letak kat belakang kerusi (T_T) Terbanglah RM14.90 kerana penyakit pelupa aku ni. Sah ada orang amik buat lap kaki kat bilik air dorang. Aih, aku redha jela, salah aku sendiri. Kenapa aku beli kat cosway? Sebab ada kaler merah dan microfiber yang sangat lembut pada tapak kaki pabila mengesat kaki keluar dari bilik air.. hukhukhuk.

Itu je cerita kali ini. Terima kasih kepada penaja, Win. Hehe.


I lebiu, Win~~ (^_^)

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani