Tuesday, November 9, 2010

Jangan perabih duit nak masok rumah nanti dah masok guna duit lagi tau x


Bahahaha~ inilah dia hand held sprayer bidet yang digembar-gemburkan tu. Baru nak tangkap gambar sebab tempat parking sprayer tu baru je berfungsi aka dilekatkan di dinding. Masa mula-mula beli tak letak pun tempat parking sebab tade drill nak tebuk mozek wall kat bilik air. Drill mahal sangat. Last-last kami beli gam gajah je buat lekat tempat parking tu. Janji lekat sudah hahaha. Bidet ni Win nak jugak-jugak jenis yang boleh lock pemicit dia - sebab tu lama gila pergi cari bidet ni nak jugak-jugak cari yang boleh lock pemicit hoh.


Baiklah, alihkan pandangan ke kepala paip pula. Kepala paip tu satu untuk bukak sprayer bidet, satu lagi buat tadah air baldi untuk mengemop. Eh, mula-mula kan aku macam takmo beli kepala paip dua-hala ni sebab satu dia ni mahal, satu lagi macam tak nampak kegunaan dia. Tapi Win nak beli jugak. Bila dah guna baru tau paip dua kepala ni penting sebenarnya! Kalau aku degil takmo beli paip dua kepala, terpaksalah memicit sprayer tu nak penuhkan air dalam baldi nak mengemop iskiskisk.

Tulah nak pesan ni, simpanlah sikit duit nak beli barang lain selepas masuk pindah rumah. Nampak bende kecik macam alaaa bidet basuh punggung je tapi.. bila tak ada bidet ni nak kene gune baldi tadah air nak cebok basuh punggung, baldi pun tak muat nak letak tepi toilet sebab toilet rumah ni kecik gile.


Ni makcik Edot nak pesan lagi, kalau nak masok rumah baru janganlah perabih duit buat semuanya yang orang nampak luaran sebab nanti bila dah duduk baru perasan tak cukup cash nak beli bende yang lebih penting, contohnya kunci mangga.

Kunci mangga macam-macam ada kat kedai, dari RM5 satu ke beratus-ratus heng. Pilih je mane nak.

Kami beli jenis satu set mangga ni cap Yale oh mahalnya (T_T) tapi beli jugaklah sebab set lock ni kami tak payah bawak banyak-banyak anak kunci untuk bukak semua lock dalam rumah, satu je. Hohoho.

"Eh poyolah makcik Edot beli bidet & lock pun nak buat satu entry."
"Eh biar ah! Blog makcik, sukati makciklah nak cerita apa pun. Esok makcik nak cerita pasal flush toilet pulak."

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani