Thursday, November 11, 2010

Cerita langsir kelabu

Begini ceritanya..

Masa kami g kedai langsir tu, akak yang jaga kedai tu memang seboleh-boleh cadangkan soh amik satu jenis fabrik ni yang diorang dah display sebagai langsir jenis eyelet kat kedai tu. Memang aku tak nafikan, yang kain tu memang cantik wave dia, menurut kata dan tarikan graviti. Tapi malangnya, kain jenis tu tak ada pilihan kaler yang kami suka.. sebab tu kami pilih fabrik lain. Last-last kami setel down dengan fabrik yang kami amik buat langsir ni lah, sebab yang ni memang menepati ciri-ciri yang kami cari iaitu mesti jangan ada bunga. Haha, kami kureng minat dengan bunga :P

Pilih kaler kelabu.

Pasal kaler plak kan, kami nye tema itam putih merah. aku kalo boleh memang nak buat macam satu langsir aku tengok satu rumah ni buat, 1/5 (kepala langsir) tu hitam, sambung dgn satu fabrik putih kat bawah TAPI AKAK TU KATA,

"Nanti anak jiran datang rumah kesat tangan kat langsir, kotor." eeee.. blom jumpa jiran aku dah kata anak dia nak kesat tangan.

"Kaler putih nanti tak naik, sebab same kaler dengan dinding."

"Kaler itam gelap sangat."

"Kaler merah kang sakit mate pulak nengoknye."

"Ambiklah kaler GOLD. Cantik.. ramai customer amik kaler gold."

Semua kaler yang tema aku semua tak ngam kan? Kaler gold takmo. Hah, kami pilih kelabu.

Pastukan, aku cadang nak semua tingkap bilik gune rolller blinds tapi Win kata nanti nak tengok luar susah kene roll langsir sampai paras mata baru dapat tengok luar.  Dahlah semua tingkap bilik sama tinggi dengan paras pintu. Lagipun, roller blinds tuk semua bilik = kos sangat mahal. So, langsir bilik pun kelabu hahaha tapi fabrik lain, lembut sikit.

Dapur je pakai venetian blinds, mix 3 kaler, kelabu, kelabu cair & putih. Eh, semua pun kelabu. minat betul dengan kelabu pehal?

Aaa.. nanti nak kumpul duit nak tukar langsir tahun depan! Kite try kaler lain plak :P

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani