Sunday, January 23, 2011

Akhirnya~ rak buku berjaya dikemas

Cuti Thaipusam itu ari kami berdua gotong-royong kemaskan rak buku & stor. Bila dah siap phewwww~ banyak gile sampah yang kami bawa dari rumah sewa lama rupa-rupanya!

Win bukak fail lama dia yang simpan lukisan & surat berkenalan zaman sekolah menengah. Lawak betul bila aku baca, sebab aku rasa aku pun pernah buat benda yang sama - bagi surat berkenalan kat budak laki yang aku suka :P



So sekarang rumah tu macam dah ok sikit, cuma tu dia laaaa rak merah IKEA aku yang nak lekat kat dinding konon nak letak sabun basuh atas mesin basuh tak pasang-pasang lagi. Win malas kot nak tebuk dinding keras konkrit tu hahaha.

Hujung minggu ni nak balik 2-2 kampung tak dapat le nak ngemas rumah lagi. Well, side Win tak la kampung - bandar.

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani

Post a Comment