Thursday, January 13, 2011

Aktiviti rahsia

Tiap pagi lepas Win gi keje, aku buat aktiviti rahsia. Tapi kalo aku cakap kat sini dah tak rahsia la kan? Tapi macam mana nak sambung cerita ni kalo aku tak bagitau rahsia ni?

Ok aku cakap jugaklah rahsia ni walopon sebenarnya rahsia besar sebab kalo Win tau mesti dia buat muka rolling eyes. Tapi rahsia tau, jangan bagitau orang.

Tiap pagi lepas Win gi keje............. aku tidor balik hahahaha!!

Tidor balik time pagi ni selalu mimpi yang aneh-aneh la macam aritu mimpi Win masok pertandingan memasak pastu aku dapat tandatangan makcik Hanieliza sebab dia pengadil kat situ.

Tapi pagi tadi mimpi yang paling best!

Mimpi ada lori Eric Leong datang rumah dan buat home-deco FREE wehh~~ gila aku hepi sangat masa dorang datang serbu tu. Aku tunjukla, sofa aku dah koyak bole tak ganti baru tak? Pastu soh deco dinding skali.

TupTup!!

Buka mata tengok rumah aku macam sama jek. Sofa koyak. Dinding kosong.







Sedih aku. (T_T)

No comments:

Post a Comment

Komen kalo berani