Saturday, October 23, 2010

Cerita kedai lampu

Team En. Foo memasang lampu cekap betul!

Baiklah, mari memperkenalkan Team En Foo yang telah berjaya memasang semua lampu kat rumah ni. No kontek En. Foo kedai lampu ni yang bagi. Oh, terlupa juga sebenarnya harus memperkenalkan kedai lampu juga, Next's Creative @ Jalan Reko, Kajang. Harga sangat berpatutan dan pekerja sangat helpful terutama sekali yang nama Deelan.

Lampu untuk bilik
Lampu untuk bilik tidur kami beli yang harga RM30 setiap satu, tapi tanpa bulb. Demi menyelamatkan bumi, kami membeli bulb jimat tenaga RM10 satu jenama Aletko, 13W. Terang weh, rasanya macam tak payah beli lampu 3 bulb kot =.=

Lampu ruang tamu
Aku paling suka lampu downlight yang dipasang kat ruang tamu ni. Kena dengan tema rumah kami iaitu minimalis moden ala-kedekot dan sangat berbaloi-baloi dengan harga RM30 satu set termasuk dengan bulb jimat tenaga jenama Aletko, 13W.

Lampu untuk ruang tamu bila dipasang
Jumlah cahaya boleh dikatakan cukup untuk menerangi ruang tamu. Kalau tak cukup jugak, belilah lampu berdiri yang suluh dinding tu, yang IKEA jual murah tuuu.

Lampu kat dining area & dry kitchen
Lampu comel ini tempatnya di dining area. Yang merah ni akan diletakkan betul-betul atas meja makan. Taklah cantik sangat lampu ni tapi cute ^_^ dan murah iaitu RM88.
Satu je kami risau, lampu ni ringan ya amat! Kang kalo kipas dah install, aku memang sure la lampu ni akan berayun KAHKAHKAH.
Win kate letak pemberat supaya lampu ni tak berayun. Letak anak lesung batu, boleh?

1 comment:

  1. Hi, mau tanya, itu siling tiada plaster kan? - Ah Meng

    ReplyDelete

Komen kalo berani